Tiada pertuduhan siasatan tender BistariNet

PUTRAJAYA  19 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu adalah hasil siasatan SPRM yang dijalankan sejak September lalu SPRM juga sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung pelaksanaan kontrak projek 1BestariNet. “Bagaimanapun, Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM mengambil langkah susulan dengan memberi tumpuan kepada siasatan dari aspek tadbir urus serta isu berkaitan tuntutan kewangan dalam kontrak…

Read More

Rosmah lepas, bebas 12 tuduhan

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hakim K Muniandy membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Najib Razak itu untuk membatalkan semua tuduhan terhadapnya atas alasan tuduhan tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan unsur kesalahan dalam tuduhan yang dikenakan. Rosmah, 73, memfailkan permohonan untuk membatalkan tuduhan berkenaan pada September 2023, dan perbicaraan dimulakan pada 12 Disember tahun lalu, selepas sebahagian kes didengar…

Read More

Adakan pilihan raya adil di Syria

DAMSYIK – Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria menggesa pilihan raya ‘bebas dan adil’ diadakan selepas penggulingan presiden Bashar al-Assad, sekali gus menyuarakan harapan penyelesaian politik bagi kawasan dikuasai puak Kurdi. Bercakap kepada pemberita di Damsyik, utusan khas PBB, Geir Pedersen, berkata ‘terdapat banyak harapan untuk melihat permulaan Syria yang baharu’. “Syria baharu yang akan menerima pakai Perlembagaan baharu dan kita akan mengadakan pilihan raya yang bebas serta adil apabila tiba masanya, selepas tempoh peralihan,” katanya. Pedersen juga berharap untuk melihat penamatan sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadap Syria…

Read More

Blinken harap capai gencatan senjata

NEW YORK – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, yang tempoh perkhidmatannya berbaki  sebulan menyatakan harapan untuk mencapai gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza. Beliau yang berharap dapat menzahirkan harapan itu sebelum khidmatnya berakhir bagaimanapu enggan meramalkan kejayaan setelah berulang kali kecewa dengan usaha Amerika Syarikat (AS) menamatkan perang 14 bulan di wilayah Palestin itu. “Saya tetap berharap. Kita perlu bersikap optimis. Kami akan menggunakan setiap minit, setiap hari, dan setiap minggu yang tinggal untuk cuba menyelesaikan perkara ini,” kata Blinken. Beliau yang akan meninggalkan jawatan pada…

Read More

Media disaran tubuh koperasi jana pendapatan

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), menyarankan institusi media menubuhkan koperasi masing-masing sebagai salah satu platform bagi menjana sumber pendapatan.. Pengerusinya, Leftenan Jeneral (B) Ahmad Norihan Jalal berkata, SKM  sedia membantu media dari segi pengurusan koperasi dan menjadikannya sebagai wadah perniagaan. Beliau berkata, dengan adanya koperasi sekurang-kurangnya dapat mengeratkan persahabatan yang ada semasa bekerja sebagai pengamal media. “Apabila kita berhenti maka (koperasi) ini menjadi satu platform untuk kita menjana pendapatan,” katanya pada program Meet and Greet – SKM X Media 2024 di sebuah hotel di sini yang…

Read More

Mahu kekal di Gunung Hermon

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan pihaknya akan kekal di Gunung Hermon, salah satu lokasi strategik yang bersempadan dengan Syria. Dalam satu kenyataan selepas taklimat di puncak gunung itu, Netanyahu berkata, pihaknya akan kekal di situ sehingga penyelesaian lain ditemui yang dapat memastikan keselamatan Israel. Ahad lalu, Israel berjanji menggandakan jumlah penduduknya di Dataran Tinggi Golan yang diduduki, sambil mendakwa ancaman dari Syria masih wujud meskipun pemimpin pemberontak yang menggulingkan Presiden Bashar al-Assad minggu lalu bersikap lebih ‘sederhana.’ Terdahulu, Israel telah melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap aset ketenteraan…

Read More

Kubur besar muat ribuan mayat

DAMSYIK – Sebuah kubur besar yang mampu memuatkan ribuan mayat ditemukan di al-Qutayfah kira-kira 40 kilometer (km) di di luar ibu kota Syria. Kubur itu adalah antara antara beberapa kubur besar yang dikenal pasti di seluruh negara selepas penggulingan pemerintahan beberapa dekad keluarga al-Assad. Sebanyak 12 kubur besar turut ditemui di selatan Syria dan di satu kawasan, sekurang-kurangnya 22 mayat termasuk wanita dan kanak-kanak ditemui dengan kesan penyeksaan dan tanda hukuman mati. Al-Assad yang mengambil alih pemerintahan daripada bapanya, Hafez sebagai presiden yang meninggal dunia pada 2000, didakwa membunuh ratusan…

Read More