Mahu kekal di Gunung Hermon

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan pihaknya akan kekal di Gunung Hermon, salah satu lokasi strategik yang bersempadan dengan Syria.

Dalam satu kenyataan selepas taklimat di puncak gunung itu, Netanyahu berkata, pihaknya akan kekal di situ sehingga penyelesaian lain ditemui yang dapat memastikan keselamatan Israel.

Ahad lalu, Israel berjanji menggandakan jumlah penduduknya di Dataran Tinggi Golan yang diduduki, sambil mendakwa ancaman dari Syria masih wujud meskipun pemimpin pemberontak yang menggulingkan Presiden Bashar al-Assad minggu lalu bersikap lebih ‘sederhana.’

Terdahulu, Israel telah melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap aset ketenteraan Syria sejak kejatuhan Assad dan memasuki zon tanpa senjata di dalam Syria yang diwujudkan selepas Perang Arab-Israel 1973, termasuk di lokasi puncak Gunung Hermon.

Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu berkata, Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria namun  menegaskan, Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.

Related posts

Leave a Comment