G20 seru gencatan senjata menyeluruh

RIO DE JANEIRO –  Pemimpin G20, yang bermesyuarat di sini menyeru gencatan senjata menyeluruh di Gaza selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta di Lubnan, bagi membolehkan rakyat di kedua-dua belah Garis Biru pulang dengan selamat ke rumah mereka.

Mereka juga menyuarakan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi kemanusiaan yang dahsyat di Semenanjung Gaza dan ketegangan yang semakin memuncak di Lubnan.

Dalam satu kenyataan, mereka dengan tetas menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan yang menghalang penyediaan bantuan berskala besar.

“Kami menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan anusiaan dan untuk mengukuhkan perlindungan orang awam dan menuntut penarikan balik semua halangan kepada penyediaan bantuan kemanusiaan secara berskala,” menurut kenyataan itu.

.Para pemimpin juga menekankan penderitaan manusia yang teruk dan akibat buruk yang lebih luas daripada konflik yang berterusan.

Mereka menegaskan semula hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan mengulangi “komitmen tidak berbelah bahagi mereka terhadap visi penyelesaian dua Negara.”

Pemimpin G20, bertemu di Rio de Janeiro pada 18-19 November 2024 untuk menangani cabaran dan krisis global utama serta menggalakkan pertumbuhan yang kukuh, mampan, seimbang dan inklusif.

Sementara itu G20 mengulangi komitmen untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang pertengahan abad, meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui tiga kali ganda dan meningkatkan kecekapan tenaga.

Sokongan kewangan untuk negara membangun bagi mencapai matlamat ini juga ditekankan.

Di samping itu, pembaharuan tadbir urus global merupakan topik utama, dengan seruan untuk memodenkan institusi seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bank pembangunan pelbagai hala untuk memastikan ia mencerminkan realiti kontemporari dan menangani cabaran yang muncul dengan lebih baik.

Kemajuan digital dan teknologi dipaparkan dengan ketara, dengan pemimpin berjanji untuk merapatkan jurang digital, mempromosikan kecerdasan buatan yang bertanggungjawab dan menangani isu seperti maklumat salah dan kemudaratan dalam talian sambil memastikan akses inklusif kepada teknologi digital.

Nnn

Related posts

Leave a Comment