Putra gesa wujud Akta Janji Pilihan Raya

KUALA LUMPUR 1 Dis. –  Persidangan Agung Tahunan Putra Kali ke-5 mencadangkan kerajaan memperkenalkan rang undang-undang yang diberi nama Akta Janji Pilihan Raya bagi memastikan parti yang menang dan berjaya menubuh kerajaan melaksanakan janji-janji yang dibuat kepada rakyat. Menurut Usul Presiden yang dibentang dan diluluskan persidangan itu semalam, kegagalan melaksanakan janji-janji yang dibuat merupakan satu kesalahan jenayah dan rakyat boleh mendakwa kerajaan berkenaan di mahkamah. Putra yang dipimpin Dr Ibrahim Ali turut meluluskan usul menyatakan rasa kecewq dan dukacita terhadap Kerajaan Madani yang gagal melaksanakan janji-janji pilihan raya yang termaktub…

Read More

Siaran video serangan psikologi kejam

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan siaran video tahanan mangsa culik warga Israel-Amerika Syarikat (AS) oleh kumpulan Hamas sebagai serangan psikologi kejam. Netanyahu juga memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa beliau telah memberitahu keluarga mangsa culik Edan Alexander melalui panggilan telefon bahawa Israel sedang berusaha keras untuk membawa pulang tahanan berkenaan. Terdahulu Hamas menyiarkan video tahanan berkenaan yang merayu kepada Presiden AS dipilih, Donald Trump untuk mengusahakan pembebasan mereka. Yael Alexander, ibu kepada Edan, berkata beliau terkesan melihat video selama tiga minit setengah itu, yang memaparkan anak lelakinya berusia…

Read More

Sokong usul had pengeluaran plastik

BUSAN – Lebih 100 negara menyokong usul mengehadkan pengeluaran plastik global dalam rundingan perjanjian antarabangsa bagi membendung pencemaran plastik dengan berdepan segelintir negara pengeluar minyak yang mahu perjanjian itu hanya tertumpu kepada pengurusan sisa. Mesyuarat kelima dan terakhir Jawatankuasa Rundingan Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau INC-5, bertujuan menghasilkan perjanjian antarabangsa yang mengikat secara sah dijadualkan berakhir di sini pada hari ini. Perjanjian yang diharapkan hasil daripada rundingan berkenaan berpotensi menjadi perjanjian paling penting berkaitan perlindungan alam sekitar serta pengurangan pelepasan karbon sejak Perjanjian Paris 2015. Setakat ini, negara…

Read More

Bersatu beri gred F kerajaan Madani

SHAH ALAM 30 Nov. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberikan penilaian gred ‘F’ kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sepanjang dua tahun pentadbiran mereka. Presiden Bersatu, , Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini, penyokong kuat kerajaan iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan gred ‘D’ dan itu pun sudah cukup baik jika dibandingkan dengan prestasi yang ada.. “Nampaknya penyakit kerajaan ini telah berubah daripada dijangkiti sindrom pembohongan bersiri kepada sindrom kegagalan bersiri. “Apa jalan penyelesaiannya saudara-saudari? Penyelesaiannya ada di tangan rakyat dan saudara-saudari semua. Tukarlah kerajaan…

Read More

Muhyiddin ketuai Bersatu tawan Putrajaya

SHAH ALAM 30 Nov. – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin akan terus kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Beliau yang menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-7 berkata, banyak kerja dan tugas besar yang perlu dilakukan parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya. “Saya berikrar untuk membawa mandat ahli-ahli Bersatu dan akar umbi yang diterima sebulat suara dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2023 untuk saya meneruskan tanggungjawab sebagai Presiden sehingga berjaya bertapak semula di…

Read More

UPM: Sultan Selangor tidak berkenan tukar

SERDANG 30 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dikekalkan, sekaligus tidak berkenan dengan cadangan kembali kepada Universiti Pertanian Malaysia. Baginda bertitah, Lembaga Pentadbir UPM serta baginda selaku Canselor tidak terlebih dahulu dirujuk berkaitan sebarang cadangan pertukaran nama universiti terbabit. “Di sini beta ingin menegaskan, bahawa nama Universiti Putra Malaysia ini hendaklah dikekalkan kerana beta sudah pun melancarkan jenama PUTRA yang membawa maksud ‘Pertanian Untuk Rakyat’. “Nama UPM juga adalah bersempena nama Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra…

Read More

Bersedia hadapi PRU awal

SHAH ALAM 30 Nov. – Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, menggesa semua perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan berlaku sebelum penggal tamat pada 2027. Bekas Menteri Besar Selangor yang baru-baru ini dilantik sebagai Setiausaha Agung berkata, Bersatu bersedia untuk menghadapi PRU dan sebagai persediaan ke arah itu, akar umbi Bersatu akan terus diperkuatkan. Azmin berkata, kepimpinan Bersatu akan terus menggiatkan usaha dan memberi komitmen tinggi untuk membantu setiap cawangan Bersatu di seluruh negara. “Saya berikrar bahawa pentadbiran baru ini akan turun…

Read More