Bersatu beri gred F kerajaan Madani

SHAH ALAM 30 Nov. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberikan penilaian gred ‘F’ kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sepanjang dua tahun pentadbiran mereka.

Presiden Bersatu, , Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini, penyokong kuat kerajaan iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan gred ‘D’ dan itu pun sudah cukup baik jika dibandingkan dengan prestasi yang ada..

“Nampaknya penyakit kerajaan ini telah berubah daripada dijangkiti sindrom pembohongan bersiri kepada sindrom kegagalan bersiri.

“Apa jalan penyelesaiannya saudara-saudari? Penyelesaiannya ada di tangan rakyat dan saudara-saudari semua. Tukarlah kerajaan ini dalam PRU-16. Boleh atau tidak?.

“Kerajaan Madani juga gagal melaksanakan janji-janji reformasinya sendiri. Orang kata reformasi dah jadi reformati.

“Berlawanan dengan janji mereka sebelum berkuasa untuk menjadi lebih demokratik, lebih adil, lebih bebas, lebih bertata kelola tetapi apabila berkuasa mereka menjadi lebih autokratik,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada sesi Ucapan Dasar Presiden di Persidangan Agung Tahunan Bersatu ke-7, hari ini.

Muhyiddin menambah, kerajaan Madani gagal kerana sepanjang tempoh dua tahun ekonomi negara semakin suram, kegiatan perniagaan lesu dan pasaran saham terus menerus lembab.

Selain itu, katanya lagi, nilai ringgit juga melemah, kedudukan kewangan negara amat merisaukan dengan hutang dan liabiliti mencapai RM1.6 trilion.

Menurut Muhyiddin, Belanjawan 2025 pula tiada hala tuju yang jelas dan tidak memberikan gambaran bahawa keadaan negara semakin pulih di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ke-10 dan kerajaan campuran Pakatan Harapan.

“Kos sara hidup rakyat juga semakin meningkat. Sudahlah subsidi ditarik balik, cukai pun dinaikkan,” katanya.

Muhyiddin bimbang rakyat Malaysia akan mengalami serangan ekonomi putaran kedua pada pertengahan tahun hadapan apabila subsidi RON95 pula akan ditarik oleh kerajaan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment