BEIRUT – Pemerintahan Presiden, Bashar al-Assad menerima tamparan hebat selepas tentera Syria hilang kawalan ke atas bandar-bandar utama, terkini
bandar Daraa yang dirampas pemberontak.
Sebuah badan pemantau perang memberitahu, Daraa digelar “puncak revolusi” pada awal perang saudara Syria, selepas aktivis menuduh kerajaan menahan dan menyeksa sekumpulan budak lelaki kerana menconteng grafiti anti-Assad di dinding sekolah mereka pada 2011.
Menurut Syrian Observatory for Human Rights, beberapa hari lalu, Aleppo dan Hama, dua bandar utama lain yang diambil daripada kawalan kerajaan jatuh ke tangan pakatan pemberontak yang diketuai pemberontak dan kini Daraa jatuh ke tangan kumpulan bersenjata tempatan.
Puak tempatan menguasai lebih banyak kawasan di wilayah Daraa, termasuk bandar Daraa, mereka kini menguasai lebih 90 peratus wilayah yang terletak bersempadan dengan Jordan, apabila tentera rejim berundur secara beransur-ansur,” menurut badan pemantau perang itu.
