LONDON – Lebih 4,600 bayi lelaki didaftarkan dengan nama Muhammad di England dan Wales pada tahun lepas, demikian menurut laporan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad menjadi nama pilihan paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah.
Mengikut rekod, nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Menurut angka ONS, selepas Muhammad dan Noah ia diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki.
Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022.
