Masidi beri keterangan kepada SPRM

KOTA KINABALU 3 Dis. – Selepas tular video dakwaan skandal rasuah RM300,000 , Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini. Menerusi kenyataannya, Masidi berkata, beliau ke pejabat SPRM Kota Kinabalu pada pukul  8 malam untuk memberi keterangan kepada agensi penguat kuasa itu. “Saya ingin memaklumkan saya secara sukarela dan tanpa dipanggil oleh pihak SPRM memberi keterangan berhubung video yang tular hari ini di pejabat SPRM Kota Kinabalu jam 8 malam. “Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini, saya akan memberi kerjasama…

Read More

Hujan lebat dua kali ganda punca banjir

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Hujan lebat berterusan melebihi tempoh enam jam yang membawa limpahan hujan dua kali ganda menyebabkan banjir teruk di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu. Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata limpahan hujan dua kali ganda itu sekali gus mengakibatkan kenaikan paras sungai berbanding 2014 menyebabkan banjir di dua negeri itu menjadi teruk berbanding 10 tahun lalu. Selain itu, katanya, ia juga disebabkan pertembungan air pasang besar serta permulaan musim tengkujuh yang bermula dari 5 November lalu dan dijangka berterusan hingga Mac depan. “Punca banjir di…

Read More

Projek tebatan banjir ikut jadual

KUALA LUMPUR 3 Dis. –  Projek tebatan banjir yang dilaksanakan di seluruh negara termasuk di Pantai Timur masih mengikut jadual, walaupun ada antaranya dibatalkan pada 2022 sebelum ditender semula. Perdana Menteri  Anwar Ibrahim berkata, setakat ini melainkan satu di Terengganu, projek berkenaan masih mengikut jadual. Beliau menjelaskan keputusan membatalkan beberapa projek dibuat ketika itu (2022) adalah kerana kerajaan MADANI menolak amalan rundingan terus yang disifatkan mempunyai asas yang cukup lemah. Mengenai bukti sama ada ia berupaya menyelamatkan dana, Perdana Menteri berkata: “Ya, kita ada rekod bahawa dalam rundingan terus dengan…

Read More

122,062 murid belum kuasai 3M

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kementerian Pendidikan (KPM) mengenal pasti seramai 122,062 murid atau 27.24 peratus yang belum menguasai kemahiran asas  membaca, menulis dan mengira (3M), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau memberitahu, penemuan itu berdasarkan saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid Tahun Satu yang dilaksanakan KPM seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sesi akademik 2024/2025. Menurut Fadhlina,  murid berkenaan mengikuti Program Intervensi Tahun Satu Fasa Satu dan diberi bimbingan secara berfokus melalui pendekatan pengajaran yang lebih intensif dari Julai hingga September lalu.…

Read More

Hentikan budaya buli – Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR 3 Dis.  – “ Saya mahu budaya penderaan ini dihentikan serta merta,” Begitu titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya semua pihak berusaha menamatkan budaya tidak sihat itu di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan mengembalikan semula nama baik universiti berkenaan. Seri Paduka Baginda dalam titah sulung selaku Canselor UPNM, percaya ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk belajar menjadi seorang pegawai tentera dan bukannya untuk didera. Titah baginda, lebih mendukacitakan, walaupun kejadian penderaan sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah, tetapi perkara ini masih berlaku pada setiap…

Read More

33 tebusan dilaporkan terbunuh

KAHERAH – Sebanyak 33 tebusan di Gaza terbunuh selepas hampir 14 bulan peperangan antara kumpulan pejuang Palestin dan Israel di wilayah berkenaan, tanpa menyatakan kewarganegaraan mereka. Tanpa menyatakan kewarganegaraan mereka, pejuang Hamas memaklumkan beberapa tebusan lain juga dilapor hilang. “Dalam perang gila yang berterusan ini, anda boleh kehilangan tebusan anda selamanya. Lakukan apa yang anda perlu lakukan sebelum terlambat,” kata pejuang Islam itu dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Israel. Pejuang Hamas turut menerbitkan satu video yang dikatakan memperincikan bila dan bagaimana tebusan-tebusan itu terbunuh, menyalahkan Perdana Menteri Israel, Benjamin…

Read More

ICC terima banyak bukti, maklumat

THE HAGUE – Dalam tempoh 18 bulan terakhir, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat berbanding 20 tahun sejak penubuhannya, kata Ketua Pendakwaraya, Karim Khan. Dalam ucapannya pada sesi ke-23 Perhimpunan Negara-Negara Pihak (ASP) kepada Statut Rom ICC, beliau berkata ICC telah menerima jumlah bukti dan dokumen terbesar dalam sejarahnya pada tahun lalu. Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) dan mangsa-mangsa mengemukakan banyak dokumen dan bukti di bawah Artikel 15 Statut Rom. Beliau berkata, daripada 30 waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, ketua pendakwa itu berkata 18…

Read More