“Kami sedang menderita dengan teruk”

GAZA – Lebih 415,000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian, kini berlindung di bangunan sekolah Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA). UNRWA yang mendedahkan perkara itu berkata, ratusan ribu lagi berada dalam keadaan yang lebih teruk di tempat perlindungan sementara. Dalam satu hantaran di media sosial, UNRWA berkongsi sebuah video oleh Aisha, seorang daripada wanita yang menjadi pelarian, yang menceritakan tentang kehidupan di tempat perlindungan sementara itu “Tempat ini sepatutnya untuk pendidikan, bukan untuk tempat tinggal,” kata Aisha, menggambarkan kekurangan keperluan asas seperti makanan,…

Read More

Satu penghormatan kesetiaan kepada parti

PASIR GUDANG 1 Dis. – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, bersyukur tidak dikenakan tindakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas dihadapkan ke Lembaga Disiplin berhubung isu U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua. Sambil mengucapkan terima kasih, beliau menyifatkan keputusan MPP PKR itu sebagai satu penghormatan atas kesetiaannya kepada parti. “Keputusan parti membawa saya ke Lembaga Disiplin, mendengar pembelaan saya dan akhirnya putuskan tiada tindakan terhadap saya, adalah satu penghormatan kepada saya yang setia kepada parti. “Jadi apabila orang hormatkan kita, saya amat menghargainya. Sepanjang 50 tahun…

Read More

Ewon Benedick Pengerusi PH Sabah

KOTA KINABALU 1 Dis. – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Ewon Benedick dipilih sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu, menggantikan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu,  Christina Liew. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu akan menyandang jawatan itu selama dua tahun selepas mendapat undian tertinggi pada pemilihan PH Sabah yang berlangsung di sini, petang ini. Pada sidang medianya selepas itu, Ewon menyifatkan kemenangannya sebagai satu tanggungjawab besar untuk masa depan Kerajaan Perpaduan. “Saya kini memegang tugas dan cabaran berat untuk memimpin PH Sabah bagi penggal seterusnya terkait dengan…

Read More

Bersatu cadang ambil tindakan terhadap SPRM

SHAH ALAM 1 Dis. –  Susulan pembekuan akaun parti itu yang berlarutan hampir dua tahun, Bersatu sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebuah bank. Presidennya, Muhyiddin Yasin menyifatkan pembekuan akaun parti itu tanpa sebab jelas adalah satu tindakan menyalahi undang-undang dan salah guna kuasa. “Selepas itu, sudah buka akaun baharu pun tak dibenarkan. (Jadi) saya sudah bincang dan minta peguam teliti seboleh mungkin untuk ambil tindakan terhadap pihak berkuasa yang bertanggungjawab. “Kemudian tindakan juga akan diambil pada bank yang tak boleh keluarkan perbelanjaan…

Read More

Putra gesa wujud Akta Janji Pilihan Raya

KUALA LUMPUR 1 Dis. –  Persidangan Agung Tahunan Putra Kali ke-5 mencadangkan kerajaan memperkenalkan rang undang-undang yang diberi nama Akta Janji Pilihan Raya bagi memastikan parti yang menang dan berjaya menubuh kerajaan melaksanakan janji-janji yang dibuat kepada rakyat. Menurut Usul Presiden yang dibentang dan diluluskan persidangan itu semalam, kegagalan melaksanakan janji-janji yang dibuat merupakan satu kesalahan jenayah dan rakyat boleh mendakwa kerajaan berkenaan di mahkamah. Putra yang dipimpin Dr Ibrahim Ali turut meluluskan usul menyatakan rasa kecewq dan dukacita terhadap Kerajaan Madani yang gagal melaksanakan janji-janji pilihan raya yang termaktub…

Read More

Siaran video serangan psikologi kejam

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan siaran video tahanan mangsa culik warga Israel-Amerika Syarikat (AS) oleh kumpulan Hamas sebagai serangan psikologi kejam. Netanyahu juga memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa beliau telah memberitahu keluarga mangsa culik Edan Alexander melalui panggilan telefon bahawa Israel sedang berusaha keras untuk membawa pulang tahanan berkenaan. Terdahulu Hamas menyiarkan video tahanan berkenaan yang merayu kepada Presiden AS dipilih, Donald Trump untuk mengusahakan pembebasan mereka. Yael Alexander, ibu kepada Edan, berkata beliau terkesan melihat video selama tiga minit setengah itu, yang memaparkan anak lelakinya berusia…

Read More

Sokong usul had pengeluaran plastik

BUSAN – Lebih 100 negara menyokong usul mengehadkan pengeluaran plastik global dalam rundingan perjanjian antarabangsa bagi membendung pencemaran plastik dengan berdepan segelintir negara pengeluar minyak yang mahu perjanjian itu hanya tertumpu kepada pengurusan sisa. Mesyuarat kelima dan terakhir Jawatankuasa Rundingan Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau INC-5, bertujuan menghasilkan perjanjian antarabangsa yang mengikat secara sah dijadualkan berakhir di sini pada hari ini. Perjanjian yang diharapkan hasil daripada rundingan berkenaan berpotensi menjadi perjanjian paling penting berkaitan perlindungan alam sekitar serta pengurangan pelepasan karbon sejak Perjanjian Paris 2015. Setakat ini, negara…

Read More