Kumpulan G7 cari kesepakatan

FIUGGI: Sesi kerja pertama Mesyuarat Menteri Luar G7 membincangkan mengenai pendirian bersama berhubung waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, berkata G7 (Negara-negara Kumpulan Tujuh) perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh Beliau menambah bahawa usaha sedang dilakukan untuk memasukkan perkara ini dalam akhir mesyuarat. Ketika ini Amerika Syarikat menolak keputusan ICC tersebut, dan Presiden Joe Biden menyifatkannya sebagai keterlaluan. Selain AS, negara anggota G7 yang lain adalah Britain, Perancis, Jerman, Jepun, Kanada dan Itali.…

Read More

Pemimpin jenayah Israel wajar dihukum mati

DUBAI – Hukuman mati wajar dikenakan terhadap pemimpin Israel, bukannya waran tangkap, demikian pandangan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. “Mereka Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap, itu tidak cukup… Hukuman mati harus dijatuhkan untuk pemimpin-pemimpin jenayah ini,” kata Khamenei. Beliau merujuk keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis lalu dan bekas ketua pertahanannya, Yoav Gallant serta seorang pemimpin Hamas, Ibrahim Al-Masri. Hakim ICC berkata, terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Yoav Gallant bertanggungjawab secara jenayah atas tindakan termasuk…

Read More

UMNO tarik balik penggantungan Tajuddin

KUALA LUMPUR 25 Nov. – – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini menarik balik penggantungan keahlian UMNO bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman  berkuat kuasa hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, keputusan sebulat suara MKT Itu adalah selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO. Tajuddin yang juga bekas Ahli MKT sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti. Susulan itu, beliau dilapor mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun masih belum mendapat…

Read More

Agih kerusi ambil kira kekuatan

KUALA LUMPUR 25 Nov. –  Pembahagian kerusi melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) perlu dilakukan dengan strategi berhemah. Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Arshad Hassni berkata, ia mengambil kira kekuatan dan pengaruh masing-masing di kawasan tertentu. “UMNO dan BN misalnya memiliki peranan penting untuk terus memperkukuhkan sokongan di kawasan majoriti Melayu sebagaimana yang dibuktikan melalui keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri dan  Mahkota. Sementara PH komited memastikan kemenangan di Wilayah Persekutuan (WP) dan kawasan lain di mana sokongan pengundi kepada PH masih…

Read More

Kecoh isu bahasa, cadang tukar Menteri MOTAC

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Dewan Rakyat kecoh apabila seorang Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan mengenai kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,  Tiong King Sing berhubung isu penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) ketika membangkitkan perkara itu mengakui amat kecewa dan terkejut dengan kenyataan dibuat King Sing yang disiarkan beberapa media itu, selain Chow Yu Hui (PH-Raub) yang turut menyentuh isu sama ketika berbahas hari ini. Malahan sebelum menamatkan ucapan perbahasannya, wakil rakyat Bersatu itu mencadangkan kepada Kerajaan Madani supaya menukar…

Read More

Dua ADUN Bersatu diganti Exco baharu

ARAU 25 Nov. – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada Bersatu digugurkan sebagai Exco manakala tiga ADUN daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Exco bagi penggal baharu. Wan Zikri Afthar Ishak (PN Tambun Tulang) digugurkan sebagai Exco  Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Wilayah Ekonomi Baharu, Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif negeri. Turut digugurkan, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Pengurusan Bencana, Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Perpaduan, Megat Hashirat Hassan yang juga ADUN Pauh dan bekas pemangku Ketua Bersatu…

Read More

Anwar tidak guna dana syarikat swasta

KUALA LUMPUR 25 Nov. –  Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak menggunakan dana syarikat swasta untuk lawatan kerjanya ke empat negara sebelum ini. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, sebanyak RM1.6 juta dibelanjakan menggunakan wang kerajaan sepenuhnya bagi menampung kos penerbangan delegasi. “Saya tidak guna dana syarikat swasta. Kerajaan guna penerbangan MAS (Malaysia Airlines) untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta. Ini guna wang kerajaan sepenuhnya. “Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara terbabit untuk tujuan pelaburan atau usaha sama. Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah…

Read More

Khidmat feri rugi RM14 juta setahun

TANJONG 25 Nov. – Perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta disebabkan kos perkhidmatan melebihi jumlah kutipan tiket, kata  Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari. Beliau berkata meskipun menghadapi kerugian,Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri yang terbaik kepada pengguna. “Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos perbelanjaan operasi feri,” kata Zairil pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Beliau berkata antara faktor penyumbang kepada…

Read More