Khidmat feri rugi RM14 juta setahun

TANJONG 25 Nov. – Perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta disebabkan kos perkhidmatan melebihi jumlah kutipan tiket, kata  Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari.

Beliau berkata meskipun menghadapi kerugian,Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri yang terbaik kepada pengguna.

“Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos perbelanjaan operasi feri,” kata Zairil pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata antara faktor penyumbang kepada kerugian tersebut adalah kos minyak diesel yang tinggi, yang dibayar mengikut harga pasaran, dan ketiadaan subsidi minyak diesel bagi perkhidmatan feri.

Beliau menjawab soalan dari Teh Lai Heng (PH-Komtar) berkenaan keadaan kewangan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Zairil turut menjelaskan bahawa kos pemeriksaan tahunan dan penyelenggaraan feri untuk memastikan keselamatan feri yang beroperasi, serta bayaran kos insurans yang melebihi RM2 juta setahun untuk setiap feri, juga menyumbang kepada kerugian operasi feri.

Mengenai statistik pengguna feri dari Januari hingga Oktober 2024, Zairil berkata seramai 1.76 juta penumpang pejalan kaki dan 615,879 kenderaan dua roda telah menggunakan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Untuk rekod, perkhidmatan feri ikonik yang membawa penumpang dan kenderaan

selama 126 tahun diganti bot penumpang laju bermula 1 Januari 2021 disusuli  empat feri baharu yang setiap satu bernilai RM18 juta memulakan operasi Ogos 2023.

Nnn

Related posts

Leave a Comment