Amaran Trump jika Iran gagal patuh

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menegaskan akan mengambil tindakan yang difikirkan perlu sekiranya Iran gagal mematuhi perjanjian yang telah dimeterai atau “tidak berkelakuan sebagaimana yang sepatutnya” .

Minggu lalu Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menandatangani perjanjian sementara, lebih tiga bulan selepas serangan AS dan Israel ke atas Iran, yang kemudian dibalas Iran melalui serangan terhadap Israel serta beberapa negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS.

Trump turut mendakwa bahawa dana Iran yang dibekukan dan kini dilepaskan semula sepatutnya digunakan secara eksklusif untuk membeli makanan dari AS.

“Semua wang itu akan kembali kepada kami dalam bentuk pembelian makanan yang amat diperlukan oleh mereka.

Mereka mempunyai 91 juta penduduk dan tidak mampu menyediakan makanan yang mencukupi. Jadi, wang yang kami lepaskan itu akan memberi manfaat kepada para petani kami,” katanya kepada wartawan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment