Armada umum lantikan baharu

SHAH ALAM 29 Nov. – Armada Bersatu hari ini mengumumkan pelantikan baharu kepemimpinannya termasuk ahli jawatankuasa sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC di sini. Ketua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham yang mengumumkan  pelantikan itu berkata, ia selaras dengan Perkara 6 Peraturan Armada Bersatu Malaysia. Katanya , Mohd Fahim Mohd Farid dari Wilayah Persekutuan, dilantik sebagai  Penolong Setiausaha;  Penolong Bendahari Nor Zahid Rahim (Sabah) dan Ketua Penerangan Harris Idaham Rashid (Pulau Pinang). Lima Ahli Jawatankuasa Armada pula adalah Naim Brundage dari Melaka, Ad Adib Shaharuddin (Wilayah…

Read More

Setiausaha Agung PN baharu 9 Dis.

SHAH ALAM 29 Nov. – Perikatan Nasional (PN) dijangka membuat keputusan berhubung pelantikan Setiausaha Agung baharu pada mesyuarat pimpinan tertinggi gabungan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada 9 Disember ini. Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin berkata, mengikut perlembagaan, Pengerusi PN, Muhyiddin Yasin, boleh melantik sesiapa saja dalam kalangan pemimpin parti gabungan itu untuk menggalas jawatan berkenaan. “Apabila Pengerusi PN mengumumkan beliau mahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung, maka akan diumumkan dalam mesyuarat PN, itu saja. Walaupun kuasanya diberikan Presiden, kita tidak mahu yang lain-lain bercakap mengenai perkara ini.…

Read More

PN tidak pernah bincang BN keluar

SHAH ALAM 29 Nov. – Perikatan Nasional (PN) tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan rasmi dengan Barisan Nasional (BN) untuk menggesa parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan membentuk kerajaan baharu. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebaliknya memaklumkan, cadangan supaya BN membentuk gabungan kerajaan baharu itu hanya disuarakan oleh seorang Ahli Parlimen PN pada pertemuan tidak rasmi mereka. “Saya hendak menjelaskan apabila perkara itu berlaku, saya tanya orang yang berjumpa dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau beritahu, ia bukanlah perbincangan… ia sekadar berjumpa dalam Parlimen. Takkanlah takut sangat…

Read More

Sedia gencatan senjata di Gaza

JERUSALEM – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan kesediaan untuk menerima perjanjian gencatan senjata di wilayah Gaza, susulan perkembangan sama yang berlaku di Lubnan. Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan peperangan yang sudah berlanjutan lebih 13 bulan itu. Sebaliknya, pemimpin yang berhadapan dengan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) itu menegaskan, Israel berhasrat untuk meneruskan perangnya dengan pasukan pejuang Hamas. Bercakap dalam wawancara dengan Channel14, Netanyahu optimis berhubung usaha untuk membebaskan mangsa yang masih dalam tawanan Hamas. Beliau mendakwa, berikutan gencatan senjata di Lubnan dan pemimpin Hamas,…

Read More

Australia larang remaja guna media sosial

SENAT Australia meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian. Dalam keputusan bersejarah, seramai 34 senator mengundi menyokong manakala 19 menentang pada hari terakhir sesi Senat. Di bawah undang-undang itu, berkuat kuasa pada penghujung tahun depan, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese mempertahankan langkah itu dengan menyatakan ia adalah “perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka.” Undang-undang yang diluluskan…

Read More

Bersatu umum tiga jawatan kanan

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Bersatu mengumumkan pelantikan tiga jawatan kanan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu bagi sesi 2024-2027 dengan Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung yang baharu. Turut dilantik Rina Harun sebagai Bendahari Agung, dan Tun Faisal Ismail Aziz sebagai Ketua Penerangan. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam kenyataan menerusi Facebook,  berkata, pelantikan yang berkuat kuasa hari ini dibuat menurut Fasal 13.9 Perlembagaan Bersatu . Beliau mendoakan agar ketiga-tiga pemimpin yang dilantik dapat menjalankan tugas yang termaktub di dalam Perlembagaan Bersatu dengan amanah, cekap dan berintegriti. “Saya juga…

Read More

UPM kembali kepada Universiti Pertanian?

UPM kembali kepada Universiti Pertanian Malaysia? PUTRAJAYA 28 Nov.  – Cadangan menukar semula nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada nama asalnya, iaitu Universiti Pertanian Malaysia akan dikemuka kepada Jemaah Menteri. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata beliau akan membawa cadangan itu ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi, selepas mengambil kira keutamaan negara kini tertumpu kepada isu keterjaminan makanan dan memajukan sektor pertanian negara. “Saya berhasrat begitu sebab dulu asalnya memang nama Universiti Putra Malaysia ialah Universiti Pertanian Malaysia. Untuk kembali nama kepada Universiti Pertanian Malaysia, saya ingat sesuai.…

Read More

YTL belum siapkan 51 menara JENDELA

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Semua 51 menara telekomunikasi yang diperuntukkan kepadaYTL Communications Sdn Bhd belum beroperasi di mana 17 daripadanya sudah melebihi tempoh sasaran sembilan bulan yang ditetapkan untuk beroperasi. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu, YTL menerima sebanyak 51 menara. Menjawab soalan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar), di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, suaulan itu, YTL diletakkan dalam senarai syarikat paling corot menyiapkan projek menara telekomunikasi JENDELA. “Maksudnya, YTL paling corot. Minta maaf, saya terpaksa sebut di sini.…

Read More