UPM kembali kepada Universiti Pertanian?

UPM kembali kepada Universiti Pertanian Malaysia?

PUTRAJAYA 28 Nov.  – Cadangan menukar semula nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada nama asalnya, iaitu Universiti Pertanian Malaysia akan dikemuka kepada Jemaah Menteri.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata beliau akan membawa cadangan itu ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi, selepas mengambil kira keutamaan negara kini tertumpu kepada isu keterjaminan makanan dan memajukan sektor pertanian negara.

“Saya berhasrat begitu sebab dulu asalnya memang nama Universiti Putra Malaysia ialah Universiti Pertanian Malaysia. Untuk kembali nama kepada Universiti Pertanian Malaysia, saya ingat sesuai.

Barangkali masa tukar nama dulu kita tidak fikir isu perubahan iklim. Jadi, sekarang pertanian sudah jadi isu dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semua bincang pasal pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama dan menjadi moderator pada sidang selari tujuh Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) bertajuk ‘Keterjaminan Makanan’ yang diselaraskan oleh UPM di sini.

Pada tahun 3 April 1997, nama universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohammad, untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.

UPM yang kini mempunyai 14 fakulti pengajian menawarkan pelbagai program pengajian berkaitan bidang pertanian dan keterjaminan makanan, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pertanian pintar.

Nnn

Related posts

Leave a Comment