SHAH ALAM 29 Nov. – Armada Bersatu hari ini mengumumkan pelantikan baharu kepemimpinannya termasuk ahli jawatankuasa sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC di sini.
Ketua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham yang mengumumkan pelantikan itu berkata, ia selaras dengan Perkara 6 Peraturan Armada Bersatu Malaysia.
Katanya , Mohd Fahim Mohd Farid dari Wilayah Persekutuan, dilantik sebagai Penolong Setiausaha; Penolong Bendahari Nor Zahid Rahim (Sabah) dan Ketua Penerangan Harris Idaham Rashid (Pulau Pinang).
Lima Ahli Jawatankuasa Armada pula adalah Naim Brundage dari Melaka, Ad Adib Shaharuddin (Wilayah Persekutuan), Raihan Husni (Negeri Sembilan), Muhammad Afiq Hassan (Kelantan) dan Mohammad Shakir Ariff Shaifuddin (Selangor).
Bagi ex-officio diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah dari Kedah Amar Pared Mahamud, ADUN Seberang Jaya Izhar Shah Arif Shah (Pulau Pinang) dan ADUN Chenderoh Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin (Perak).
Selain itu, Azizan Abdul Aziz dari Pahang dilantik mengetuai Biro Felda; Biro Guaman dan Undang-Undang diberikan kepada Zolazrai Zolkapli (Negeri Sembilan) manakala Biro Sukan dan Pop Culture Muhammad Syamel Md Riduan (Kedah).
Pada 29 Oktober lepas, Muhammad Hilman yang juga ADUN Gombak Setia secara rasmi dipilih sebagai Ketua Armada Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Nnn
