PN tidak pernah bincang BN keluar

SHAH ALAM 29 Nov. – Perikatan Nasional (PN) tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan rasmi dengan Barisan Nasional (BN) untuk menggesa parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan membentuk kerajaan baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebaliknya memaklumkan, cadangan supaya BN membentuk gabungan kerajaan baharu itu hanya disuarakan oleh seorang Ahli Parlimen PN pada pertemuan tidak rasmi mereka.

“Saya hendak menjelaskan apabila perkara itu berlaku, saya tanya orang yang berjumpa dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau beritahu, ia bukanlah perbincangan… ia sekadar berjumpa dalam Parlimen. Takkanlah takut sangat DAP cakap macam-macam dengan UMNO.

“Jadi bila dia (Ahli Parlimen PN terbabit) cakap begitu, Presiden UMNO (Ahmad Zahid) tanya apa yang patut dia buat… jawapannya, keluarlah daripada Kerajaan Perpaduan. Kalau keluar, nak tubuh macam mana?… boleh bersama dengan kami,” katanya selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Sayap Bersatu, di sini, hari ini.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang menegaskan tiada mandat rasmi diberikan kepada Shahidan  untuk berbincang hal sedemikian dengan Ahmad Zahid, sebaliknya ia disuarakan atas dasar sesama kawan.

Terdahulu Shahidan, pada sidang media di bangunan Parlimen pada Rabu lalu mengaku mengajak BN menyertai PN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang menegaskan tiada mandat rasmi diberikan kepada Shahidan untuk berbincang hal sedemikian dengan Ahmad Zahid, sebaliknya ia disuarakan atas dasar sesama kawan.

“Itu pun tidak ada mandat untuk beliau (Shahidan) bercakap dengan Presiden UMNO (berhubung perkara berkenaan), cuma sebagai kawan. Tidak salah sebagai kawan bercakap, mencadangkan sesuatu yang perlu (dilakukan). Ia rasa lebih baik.

“Takkanlah sebab itu, Presiden UMNO katakan ada mandat daripada pucuk pimpinan PN mengajak begitu… sebenarnya tidak ada, belum ada Pengerusi PN ( Muhyiddin Yasin) beritahu buat pelawaan secara rasmi dengan mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, Hamzah dalam ucapannya menyifatkan masalah dalaman sewaktu pemilihan jawatankuasa parti bulan lalu, tidak ubah seperti ‘air yang berkocak di dalam cawan’, yang tidak mengganggu kerukunan semua ahli dan pemimpin parti.

Beliau berkata, pemilihan jawatankuasa parti itu berlangsung secara aman dan damai meskipun berlaku dakwaan dan andaian selepas proses pemilihan berlangsung.

“Inilah satu daripada kehebatan parti kita dan saya bersyukur, kita menjalankan pemilihan parti secara aman dan damai walaupun ada ‘soksek-soksek’, ada cakap-cakap.

“Sudah tentu ada ‘kata-kata’ sedemikian dan semua ini adalah perkara biasa dalam parti dan ia hanyalah ‘air yang berkocak dalam cawan semata-mata’. InsyaAllah kita akan lebih kuat selepas ini dengan doa dan perjuangan ahli,” katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Sayap Bersatu 2024.

Sementara itu, Hamzah dalam ucapannya menyifatkan masalah dalaman sewaktu pemilihan jawatankuasa parti bulan lalu, tidak ubah seperti ‘air yang berkocak di dalam cawan’, yang tidak mengganggu kerukunan semua ahli dan pemimpin parti.

Beliau berkata, pemilihan jawatankuasa parti itu berlangsung secara aman dan damai meskipun berlaku dakwaan dan andaian selepas proses pemilihan berlangsung.

“Inilah satu daripada kehebatan parti kita dan saya bersyukur, kita menjalankan pemilihan parti secara aman dan damai walaupun ada ‘soksek-soksek’, ada cakap-cakap.

“Sudah tentu ada ‘kata-kata’ sedemikian dan semua ini adalah perkara biasa dalam parti dan ia hanyalah ‘air yang berkocak dalam cawan semata-mata’. InsyaAllah kita akan lebih kuat selepas ini dengan doa dan perjuangan ahli,” katanya.

Menyentuh mengenai kepimpinan kerajaan semasa, Hamzah berkata, kerjasama parti yang bergabung dalam kerajaan Madani hari ini, boleh diibaratkan seperti berada dalam rumah kaca yang retak dan menanti belah.

Beliau berkata, kerajaan hari ini dipimpin oleh mereka yang mempunyai perbezaan ideologi dan saling tidak percaya satu sama lain.

“Dari kalangan mereka tiada yang percaya dan mempercayai satu sama lain namun mereka bersama hanya untuk ‘ledakan nafsu’ dan ‘kegilaan kuasa’ yang melenyapkan nilai kompas moral dan prinsip murni,” katanya.

Related posts

Leave a Comment