JERUSALEM – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan kesediaan untuk menerima perjanjian gencatan senjata di wilayah Gaza, susulan perkembangan sama yang berlaku di Lubnan.
Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan peperangan yang sudah berlanjutan lebih 13 bulan itu.
Sebaliknya, pemimpin yang berhadapan dengan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) itu menegaskan, Israel berhasrat untuk meneruskan perangnya dengan pasukan pejuang Hamas.
Bercakap dalam wawancara dengan Channel14, Netanyahu optimis berhubung usaha untuk membebaskan mangsa yang masih dalam tawanan Hamas.
Beliau mendakwa, berikutan gencatan senjata di Lubnan dan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar telah meninggal dunia, keadaan, semakin bertambah baik untuk perjanjian tebusan dengan Hamas.
Netanyahu berkata, beliau menerima gencatan senjata di Lubnan kerana “kami mencapai apa yang kami ingin capai.”
Nnn
