PUTRAJAYA 29 Nov. – Mangsa banjir di sembilan negeri terjejas, kini melepasi angka 102,000 orang terdiri daripada 31,231 keluarga yang ditempatkan di 643 pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 9 malam, semua PPS yang diaktifkan di 37 daerah itu membabitkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor. Daripada jumlah itu, 269 PPS di Kelantan dibuka untuk memberi perlindungan kepada 74,828 mangsa daripada 23,251 keluarga yang terjejas di 10 daerah. Terengganu pula mengaktifkan 281 PPS bagi menempatkan 20,119 mangsa…
Read MoreDay: November 29, 2024
Hentikan polemik papan tanda premis
KUALA LUMPUR 29 Nov. – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa meminta semua pihak termasuk ahli politik menghentikan polemik berhubung tindakan penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap papan tanda premis perniagaan. Katanya, Malaysia mengamalkan prinsip keluhuran undang-undang dan peraturan yang dikuat kuasa untuk memastikan keadilan serta keharmonian dalam masyarakat terjamin dan semua pihak tanpa mengira latar belakang, perlu untuk mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan. Dalam kenyataannya, beliau menegaskan, DBKL melalui Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, Akta Kerajaan Tempatan 1976 menetapkan penggunaan bahasa kebangsaan…
Read MoreArmada umum lantikan baharu
SHAH ALAM 29 Nov. – Armada Bersatu hari ini mengumumkan pelantikan baharu kepemimpinannya termasuk ahli jawatankuasa sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC di sini. Ketua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham yang mengumumkan pelantikan itu berkata, ia selaras dengan Perkara 6 Peraturan Armada Bersatu Malaysia. Katanya , Mohd Fahim Mohd Farid dari Wilayah Persekutuan, dilantik sebagai Penolong Setiausaha; Penolong Bendahari Nor Zahid Rahim (Sabah) dan Ketua Penerangan Harris Idaham Rashid (Pulau Pinang). Lima Ahli Jawatankuasa Armada pula adalah Naim Brundage dari Melaka, Ad Adib Shaharuddin (Wilayah…
Read MoreSetiausaha Agung PN baharu 9 Dis.
SHAH ALAM 29 Nov. – Perikatan Nasional (PN) dijangka membuat keputusan berhubung pelantikan Setiausaha Agung baharu pada mesyuarat pimpinan tertinggi gabungan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada 9 Disember ini. Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin berkata, mengikut perlembagaan, Pengerusi PN, Muhyiddin Yasin, boleh melantik sesiapa saja dalam kalangan pemimpin parti gabungan itu untuk menggalas jawatan berkenaan. “Apabila Pengerusi PN mengumumkan beliau mahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung, maka akan diumumkan dalam mesyuarat PN, itu saja. Walaupun kuasanya diberikan Presiden, kita tidak mahu yang lain-lain bercakap mengenai perkara ini.…
Read MorePN tidak pernah bincang BN keluar
SHAH ALAM 29 Nov. – Perikatan Nasional (PN) tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan rasmi dengan Barisan Nasional (BN) untuk menggesa parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan membentuk kerajaan baharu. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebaliknya memaklumkan, cadangan supaya BN membentuk gabungan kerajaan baharu itu hanya disuarakan oleh seorang Ahli Parlimen PN pada pertemuan tidak rasmi mereka. “Saya hendak menjelaskan apabila perkara itu berlaku, saya tanya orang yang berjumpa dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau beritahu, ia bukanlah perbincangan… ia sekadar berjumpa dalam Parlimen. Takkanlah takut sangat…
Read MoreBerita pilihan…
Sedia gencatan senjata di Gaza
JERUSALEM – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan kesediaan untuk menerima perjanjian gencatan senjata di wilayah Gaza, susulan perkembangan sama yang berlaku di Lubnan. Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan peperangan yang sudah berlanjutan lebih 13 bulan itu. Sebaliknya, pemimpin yang berhadapan dengan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) itu menegaskan, Israel berhasrat untuk meneruskan perangnya dengan pasukan pejuang Hamas. Bercakap dalam wawancara dengan Channel14, Netanyahu optimis berhubung usaha untuk membebaskan mangsa yang masih dalam tawanan Hamas. Beliau mendakwa, berikutan gencatan senjata di Lubnan dan pemimpin Hamas,…
Read MoreAustralia larang remaja guna media sosial
SENAT Australia meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian. Dalam keputusan bersejarah, seramai 34 senator mengundi menyokong manakala 19 menentang pada hari terakhir sesi Senat. Di bawah undang-undang itu, berkuat kuasa pada penghujung tahun depan, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese mempertahankan langkah itu dengan menyatakan ia adalah “perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka.” Undang-undang yang diluluskan…
Read More