102,000 mangsa banjir di 9 negeri

PUTRAJAYA 29 Nov. – Mangsa banjir di sembilan negeri terjejas, kini melepasi angka 102,000 orang terdiri daripada 31,231 keluarga yang ditempatkan di 643 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul  9 malam, semua PPS yang diaktifkan di 37 daerah itu membabitkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.

Daripada jumlah itu, 269 PPS di Kelantan dibuka untuk memberi perlindungan kepada 74,828 mangsa daripada 23,251 keluarga yang terjejas di 10 daerah.

Terengganu pula mengaktifkan 281 PPS bagi menempatkan 20,119 mangsa daripada 5,821 keluarga yang menetap di lapan daerah, Kedah merekodkan 3,921 mangsa daripada 1,242 keluarga di 49 PPS.

Negeri Sembilan membuka 23 PPS bagi menempatkan 2,111 mangsa daripada 577 keluarga di empat daerah, empat PPS di Perlis bagi melindungi 473 orang daripada 138 keluarga manakala Melaka 180 mangsa daripada 49 keluarga di lima PPS.

Di Selangor, seramai 487 mangsa daripada 111 keluarga ditempatkan di dua PPS, seramai 114 orang daripada 35 keluarga di Johor, ditempatkan di sembilan PPS manakala 20 orang daripada tujuh keluarga di Perak berlindung di sebuah PPS.

Related posts

Leave a Comment