Haramkan vape sepenuhnya

KUANTAN 18 Nov. – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan pihak kerajaan mengharamkan rokok elektronik (vape) secara sepenuhnya  yang dianggap merosakkan kesihatan. Saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di Pahang terutamanya dalam kalangan belia berdasarkan statistik 11,750 individu yang dipantau oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK). Titah baginda daripada jumlah itu, Daripada jumlah itu sebanyak 57 peratus melibatkan individu berusia lingkungan 15 hingga 30 tahun dan Pahang menduduki tangga kelima kes penyalahgunaan dadah ini. Menurut baginda lagi, penyalahgunaan dadah ini antara…

Read More

Bersatu saman Speaker, lima ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Bersatu mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi menuntut perisytiharan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi lima Ahli Parlimen yang dipecat parti itu sebagai tidak berperlembagaan. Saman pemula itu difailkan Setiausaha Kerja Bersatu,  Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Whip parti,  Dr Ronald Kiandee selaku plaintif, pada 15 November lalu melalui firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company. Mereka menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, dan lima Ahli Parlimen iaitu  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua…

Read More

“Tiba-tiba seperti berada di China”

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di sebuah kompleks beli-belah Kuala Lumpur, yang menurutnya memberi kesan kepada identiti kebangsaan. Dalam kenyataan yang dikongsi di platform X, Dr Mahathir menceritakan pengalamannya ketika mengunjungi salah satu pusat beli-belah baharu di ibu negara pada hujung minggu. Beliau memuji kompleks tersebut sebagai “fantastic dan lebih hebat daripada di London atau Tokyo. Namun, beliau menegaskan kehadiran ketara tulisan Cina di papan tanda, yang menurutnya mengatasi penggunaan Bahasa Kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu.…

Read More

Belanjawan berbilion, soal beras tidak selesai

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) termasuk unit Kawal Selia Padi dan Beras diminta menjelaskan kedudukan sebenar  mengenai situasi beras putih tempatan (BPT) yang sehingga kini didakwa hampir tidak terdapat di pasaran. Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, sebagai wakil kerajaan, beliau malu dengan isu beras tempatan yang sudah dua tahun belum selesai. “Saya ingin kemukakan satu persoalan (mengenai) subsidi yang banyak yang Parlimen akan luluskan (melalui Belanjawan 2025) dan diperuntukkan kepada KPKM ini, tapi tak dapat menyelesaikan masalah. “Saya ingin (tanya) kementerian dan unit…

Read More

100 daripada 231 individu ada rekod nikah

SHAH ALAM 18 Nov. – Hanya 100 orang daripada 231 individu mengaku suami isteri dalam kalangan ahli GISBH Holdings (GISBH) yang ditahan, mempunyai rekod perkahwinan, demikian dedah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah. Beliau berkata, ia adalah hasil semakan dibuat menerusi Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia dan sistem dalam talian lain. “Dari sudut penguatkuasaan undang-undang, JAIS akan mengambil tindakan berhubung pelanggaran peraturan dan undang-undang syariah negeri ini. “Antara yang boleh disiasat ialah Seksyen 12 (c) berkaitan melanggar fatwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor…

Read More

Melaka tarik balik gelaran Datuk CEO GISBH

MELAKA 18 Nov. – – Kerajaan negeri menarik balik Darjah kebesaran Melaka membawa gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali. Setiausaha Kerajaan Negeri, Azhar Arshad dalam satu kenyataan memaklumkan arahan dibuat Yang di-Pertua Negeri, Mohd Ali Mohd Rustam selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh. Nasiruddin dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada 25 Ogos lalu. Berikutan arahan itu, Azhar berkata nama Nasiruddin sudah dikeluarkan daripada senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri…

Read More

Entiti perniagaan GISBH sedang dikenal pasti

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Semua entiti perniagaan yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) sedang dikenal pasti sama ada dalam mahu pun luar negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, usaha itu dilakukan jawatankuasa bersama membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia. Dr Mohd Na’im  berkata usaha juga sedang digerakkan untuk mengesan lebih banyak maklumat berkaitan aktiviti syarikat serta individu atau kumpulan berkaitan dengan GISBH termasuk di luar negara. “Mengenai data statistik berhubung angka…

Read More

Bung Moktar naik turun mahkamah lagi

PUTRAJAYA 18 Nov. – Bung Moktar Radin dan isteri bersedia ‘naik turun’ mahkamah sekali lagi susulan keputusan Mahkamah Rayuan memerintahkan pasangan itu membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah membabitkan wang RM2.8 juta berhubung pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad. Ahli Parlimen Kinabatangan, itu memberitahu beliau dan Zizie Izette Abdul Samad sudah bersedia dan akan menghadapinya. “Kalau tuntutan (perintah mahkamah) kenalah (hadir),” kata bekas Pengerusi FELCRA itu, ketika ditemui di luar mahkamah Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama-sama Datuk Mohamed Zaini…

Read More

Sultan Selangor bimbang gejala dadah

SHAH ALAM 18 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap gejala ketagihan dadah yang semakin parah dalam kalangan masyarakat terutama melibatkan golongan berbangsa Melayu. Baginda menzahirkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, berdasarkan statistik penyalahgunaan dan penagihan dadah di Malaysia oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menunjukkan peningkatan 31.6 peratus berbanding tahun lalu. “Adalah amat malang sekali jika dilihat rata-rata mereka yang terjebak dengan gejala ketagihan dadah adalah golongan berbangsa Melayu yang beragama Islam iaitu 76.8 peratus. “Juga golongan artis yang ramai terjebak,…

Read More