Menteri ditegur ejaan insya-Allah

SEPANG 6 Julai – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegur Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung satu kesalahan ejaan yang digunakannya.

Zafrul berkata, selama ini, beliau tidak mengetahui ejaan yang betul dan berterima kasih kepada DBP kerana menegur.

“Apa ejaan yang betul? Selama ini saya guna InsyaAllah tapi sekarang saya dah tahu ejaan sebenar ialah insya-Allah.

Terima kasih @DBPMalaysia kerana menegur ejaan. Lepas ni, saya akan lebih teliti dengan penggunaan istilah ini, insya-Allah,” katanya menerusi ciapan di Twitter semalam.

Pada 31 Mac lalu, DBP melalui satu surat rasmi memaklumkan pihak mereka menerima aduan daripada pengguna bahasa Melayu tentang kesalahan ejaan perkataan tersebut pada hantaran Twitter Tengku Zafrul.

Jelasnya, ejaan yang betul bagi perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Perdana ialah ‘insya-Allah’.

Related posts

Leave a Comment