Bersatu beri gred F kerajaan Madani

SHAH ALAM 30 Nov. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberikan penilaian gred ‘F’ kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sepanjang dua tahun pentadbiran mereka. Presiden Bersatu, , Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini, penyokong kuat kerajaan iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan gred ‘D’ dan itu pun sudah cukup baik jika dibandingkan dengan prestasi yang ada.. “Nampaknya penyakit kerajaan ini telah berubah daripada dijangkiti sindrom pembohongan bersiri kepada sindrom kegagalan bersiri. “Apa jalan penyelesaiannya saudara-saudari? Penyelesaiannya ada di tangan rakyat dan saudara-saudari semua. Tukarlah kerajaan…

Read More

Muhyiddin ketuai Bersatu tawan Putrajaya

SHAH ALAM 30 Nov. – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin akan terus kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Beliau yang menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-7 berkata, banyak kerja dan tugas besar yang perlu dilakukan parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya. “Saya berikrar untuk membawa mandat ahli-ahli Bersatu dan akar umbi yang diterima sebulat suara dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2023 untuk saya meneruskan tanggungjawab sebagai Presiden sehingga berjaya bertapak semula di…

Read More

UPM: Sultan Selangor tidak berkenan tukar

SERDANG 30 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dikekalkan, sekaligus tidak berkenan dengan cadangan kembali kepada Universiti Pertanian Malaysia. Baginda bertitah, Lembaga Pentadbir UPM serta baginda selaku Canselor tidak terlebih dahulu dirujuk berkaitan sebarang cadangan pertukaran nama universiti terbabit. “Di sini beta ingin menegaskan, bahawa nama Universiti Putra Malaysia ini hendaklah dikekalkan kerana beta sudah pun melancarkan jenama PUTRA yang membawa maksud ‘Pertanian Untuk Rakyat’. “Nama UPM juga adalah bersempena nama Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra…

Read More

Bersedia hadapi PRU awal

SHAH ALAM 30 Nov. – Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, menggesa semua perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan berlaku sebelum penggal tamat pada 2027. Bekas Menteri Besar Selangor yang baru-baru ini dilantik sebagai Setiausaha Agung berkata, Bersatu bersedia untuk menghadapi PRU dan sebagai persediaan ke arah itu, akar umbi Bersatu akan terus diperkuatkan. Azmin berkata, kepimpinan Bersatu akan terus menggiatkan usaha dan memberi komitmen tinggi untuk membantu setiap cawangan Bersatu di seluruh negara. “Saya berikrar bahawa pentadbiran baru ini akan turun…

Read More

Hizbullah bantu pertahanan Lubnan

BEIRUT – Hizbullah berjanji untuk bekerjasama dengan tentera Lubnan dan membantu membina keupayaan pertahanan negara itu, ketika usaha dipergiatkan bagi melaksanakan gencatan senjata berkekalan dengan Israel. Ketua Hizbullah, Naim Qassem berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengukuhkan keupayan pertahanan Lubnan. Qassem bercakap buat pertama kali sejak bermulanya gencatan senjata pada Rabu lalu, yang menetapkan syarat Hizbullah dan tentera Israel menarik diri dari selatan Lubnan dan tenteranya dikerah bekerjasama dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Qassem, adalah pengganti pemimpin Hizbullah terdahulu, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan udara besar-besaran Israel di…

Read More

Lagi korban serangan Israel

GAZA – Serangan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin di Gaza sepanjang Jumaat di mana 19 mayat ditemukan di utara Nuseirat, salah satu daripada lapan kem pelarian lama di Gaza. Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah di Beit Lahiya, utara Gaza manakala mangsa lain turut dilaporkan terkorban di kawasan utara dan selatan Semenanjung Gaza. Pada hari sebelumnya, Israel mendakwa operasi terhadap “sasaran keganasan di Semenanjung Gaza” sedang berlangsung. Kereta kebal Israel memasuki kawasan utara dan barat Nuseirat pada Khamis, tetapi berundur dari kawasan utara pada…

Read More

102,000 mangsa banjir di 9 negeri

PUTRAJAYA 29 Nov. – Mangsa banjir di sembilan negeri terjejas, kini melepasi angka 102,000 orang terdiri daripada 31,231 keluarga yang ditempatkan di 643 pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul  9 malam, semua PPS yang diaktifkan di 37 daerah itu membabitkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor. Daripada jumlah itu, 269 PPS di Kelantan dibuka untuk memberi perlindungan kepada 74,828 mangsa daripada 23,251 keluarga yang terjejas di 10 daerah. Terengganu pula mengaktifkan 281 PPS bagi menempatkan 20,119 mangsa…

Read More

Hentikan polemik papan tanda premis

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa meminta semua pihak termasuk ahli politik menghentikan polemik berhubung tindakan penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap papan tanda premis perniagaan. Katanya, Malaysia mengamalkan prinsip keluhuran undang-undang dan peraturan yang dikuat kuasa untuk memastikan keadilan serta keharmonian dalam masyarakat terjamin dan semua pihak tanpa mengira latar belakang, perlu untuk mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan. Dalam kenyataannya, beliau menegaskan, DBKL melalui Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, Akta Kerajaan Tempatan 1976 menetapkan penggunaan bahasa kebangsaan…

Read More