Logo khusus Malaysia MADANI

PUTRAJAYA 25 Okt. – Logo khusus Malaysia MADANI dilancarkan hari ini yang berteraskan enam nilai iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Keyakinan, Hormat dan Ihsan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan logo itu untuk digunakan dalam setiap aktiviti serta program anjuran kementerian, jabatan serta agensi kerajaan. Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan pada 27 Februari lalu memutuskan penggunaan logo itu berfungsi sebagai lambang atau representasi kepada gagasan Malaysia MADANI yang perlu diperluaskan penggunaannya. “Setiap penganjuran program kementerian, jabatan dan agensi kerajaan seharusnya dipadankan dengan nilai teras Malaysia MADANI yang…

Read More

Jiwa besar Najib sebagai pemimpin

KUALA LUMPUR 25 Okt. – UMNO menyifatkan permohonan maaf secara terbuka dibuat Najib Razak berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) datang daripada hati nurani yang suci dan tulus serta menzahirkan perasaan ikhlas bekas Perdana Menteri itu. Setiausaha Agungnya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kenyataan itu membuktikan dengan jelas dan terang semangat serta jiwa besar Najib sebagai pemimpin utama negara yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam apa juga keadaan. “UMNO menegaskan kenyataan itu menggariskan beliau diperdayakan pihak tidak bertanggungjawab dan cuba untuk mengambil kesempatan serta meraih keuntungan…

Read More

Siri MADANI kutip RM2.6 juta

PUTRAJAYA 25 Okt. – Bidaan harga tertinggi nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri MADANI membabitkan nombor pendaftaran MADANI 6 dengan harga RM68,888, diikuti MADANI 5 (RM58,001); MADANI 4 (RM55,000) dan MADANI 3 (RM51,111). Secara keseluruhan, selepas bidaan NPI siri MADANI dibuka pada 10 Oktober hingga Rabu lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM2,623,329. Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, berkata, lima  nombor paling banyak dibida ialah MADANI 1118 dengan 17 pembida, MADANI 8055 (15 pembida), MADANI 998 (13 pembida), MADANI 1305 (13 pembida) dan MADANI 113…

Read More

Cukup-cukuplah minta maaf”

SEPANG 25 Okt. – Pemuda UMNO di semua peringkat di Perak diarah membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan segera diambil terhadap penganjur perhimpunan yang menyaksikan perarakan bendera China di Menara Condong Teluk Intan, Perak, malam tadi. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas insiden pengibaran bendera China itu kerana insiden berkenaan jelas mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum di negara ini. “Buat perarakan di tempat awam, sudahlah tiada permit (berhimpun), kibar pula bendera China. Tiada satu pun bendera Malaysia. Sebelum ini sudah…

Read More

Penganjur mohon maaf insiden bendera China

IPOH 25 Okt . – Penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia memohon maaf susulan penularan video perarakan sambil mengibar bendera China di Menara Condong Teluk Intan malam tadi. Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua berkata, tindakan itu dilakukan oleh peserta rombongan dari China yang menyertai perarakan sambutan berkenaan. “Untuk makluman semua, tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola. “Sambutan Guan Gong Sedunia merupakan program yang telah berlangsung banyak tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, Perak merupakan salah satu…

Read More

Sultan Ibrahim bersama rakyat

KUALA LUMPUR  25 Okt. –  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka di sebuah restoran di ibu negara. Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda juga meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama rakyat. “Rakyat juga teruja berpeluang bertemu secara langsung dengan Seri Paduka,” menurut hantaran itu. Sultan Ibrahim juga berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaran ibu kota selepas selesai santapan. Seri Paduka amat prihatin terhadap kebersihan serta kesejahteraan persekitaran awam, sejajar dengan usaha untuk…

Read More

Pejuang cabar Najib namakan ‘dalang’

SEPANG 25 Okt. – Parti Pejuang mencabar  Najib Razak menamakan setiap individu yang menjadi dalang serta individu-individu lain yang bersekongkol dan bersubahat menutup skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya mahu dimaafkan. Ketua Penerangannya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu menamakan kesemua pegawai, jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau ahli lembaga pengarah yang bertanggungjawab dalam kes tersebut. Begitu juga Individu-individu yang menyatakan pernah berjumpa Raja Arab atau tahu mengenai derma Arab juga mesti dinamakan kerana turut bersubahat. “Tidak kira pangkat atau status. Ini cabaran Pejuang pada…

Read More

Tibdakan Najib berjiwa besar

KUANTAN 25 Okt. – Permohonan maaf secara terbuka oleh,Najib Razak kepada rakyat Malaysia bukanlah untuk meraih simpati sebaliknya satu tindakan berjiwa besar, kata Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail. Menteri Besar Pahang itu berkata beliau meneliti kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu dan dapat merasakan bahawa permohonan maaf dibuat dengan suci hati serta lahir daripada sanubari Najib yang ikhlas. “Saya berpandangan bahawa kenyataan media itu juga menjelaskan betapa Datuk Seri (Najib) sepanjang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu sentiasa memikirkan hanya yang terbaik untuk rakyat. “Sehingga…

Read More

BRICS gesa struktur semula PBB

KAZAN, RUSIA – Sidang Kemuncak BRICS Ke-16 mengeluarkan deklarasi 134 perkara termasuk gesaan penstrukturan semula institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta gencatan senjata dalam konflik Asia Barat. Menurut satu kenyataan, melalui deklarasi tersebut, sembilan negara anggota kesatuan itu menegaskan, reformasi PBB perlu bermula dengan Majlis Keselamatannya. “Kami mengulangi sokongan kami terhadap pembaharuan menyeluruh PBB termasuk Majlis Keselamatannya, dengan tujuan menjadikannya lebih demokratik, inklusif, cekap dan efisien. “Ini termasuk dengan memperluaskan perwakilan negara membangun untuk memberi respon yang lebih baik terhadap cabaran global,” kata kenyataan itu. BRICS turut menerima baik minat…

Read More