Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang

KUANTAN 24 Okt. – Waris Ganti Kedua Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sah bergelar suami kepada Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dengan sekali lafaz. Istiadat Perkahwinan Diraja itu bermula pada pukul 8.30 malam di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini. Berangkat pada istiadat itu termasuk Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim…

Read More

Perkasa nasihat Najib mengaku salah

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menerima permohonan maaf Najib Tun Razak yang membuat pengakuan berhubung kecurangan yang berlaku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Presidennya, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa sejak dari awal lagi percaya skandal 1MDB berpunca daripada kelemahan dan kecuaian Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana mudah diperdayakan oleh penyangak seperti Jho Low dan rakan-rakannya. “Negara menjadi huruhara kerana skandal 1MDB. Banyak pihak juga terbabit kerana terpengaruh dengan Jho Low yang mereka…

Read More

Tidak perlu jual saham MAHB

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) terus menarik perhatian anggota Parlimen ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini. Seorang penyokong kerajaan, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan pembangkang, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) tidak bersetuju dengan penjualan saham itu. Hassan dari PKR menegaskan tiada keperluan untuk menjual saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada GIP yang dikawal BlackRock Inc. “Syarikat MAHB ini untung, kalau boleh, tak perlulah saham 30 peratus itu kita…

Read More

Kenakan ‘cukai dosa’ syarikat sokong Israel

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin, seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya syarikat-syarikat yang didapati menyokong  Israel dikenakan ‘cukai dosa’. Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata kerajaan seharusnya mengambil beberapa langkah terhadap syarikat-syarikat berkaitan walaupun tidak boleh ditutup. “Kenakan ‘cukai dosa’ atau sin tax terhadap syarikat-syarikat yang kita lihat menyokong Israel, kita nak tutup tidak boleh tetapi sekurang-kurangnya kenaikan cukai tersebut. “Kita tidak (mempunyai) peluru berpandu balistik tetapi sekurang-kurangnya kita kenakan itu sebagai isyarat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. Hassan turut…

Read More

“Apa syok sangat umum benda tak menentu”

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Pemimpin kerajaan didakwa masih berfikir seperti pembangkang sebelum menjadi kerajaan sehingga menyebabkan pelaksanaan dan pengumuman dasar bercelaru dan mengelirukan rakyat.  Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya), ketika membuat dakwaan itu merujuk beberapa pengumuman kerajaan mengenai pemberian subsidi dan pengkelasan kategori isi rumah yang dilihat tidak konsisten. Beliau berkata kerajaan sepatutnya mengambil kira semua konsep dan konteks sebelum membuat pengumuman, bukan sewenang-wenangnya dibuat tanpa kerangka dasar yang jelas. “Kelemahan utama kerajaan pada hari ini adalah mereka masih berfikir sebagai pembangkang, bukan kerajaan. Bila berfikir seperti zaman mereka dahulu,…

Read More

Kesal apa yang berlaku di SRC, 1MDB

KENYATAAN DATO’ SRI NAJIB RAZAK 1. Sepanjang saya menjalani hukuman penjara selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan berkaitan dengan 1MDB, saya terpanggil untuk membuat kenyataan berikut: 2. Pertama sekali, setiap hari saya berasa amat terluka mengetahui bahawa segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. 3. Perbicaraan mahkamah baru-baru ini dan sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di mahkamah Switzerland dan artikel terkini yang…

Read More

Najib mohon maaf, terluka kecurangan 1MDB

KUALA LUMPUR 24 Okt. –  Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Mohamad Nizar petang ini, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi. Permohonan maaf bekas Perdana Menteri itu dibuat enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu. Menerusi kenyataan itu, Najib memberitahu beliau berasa amat terluka mengetahui…

Read More

Semak Akta 605, elak pensyarah terkongkong

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)  disemak semula bagi mengecualikan universiti awam (UA) daripada tertakluk kepada setiap arahan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Menteri Pendidikan Tinggi (KPT)  Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ia bagi memastikan iklim dan ekosistem UA terutama membabitkan pensyarah tidak terkongkong dalam menyuarakan pandangan mereka. Beliau berkata, di bawah Akta 605, terdapat 12 institusi yang mendapat pengecualian itu, justeru sudah sampai masanya UA, yang juga dikategorikan sebagai badan berkanun mendapat pengecualian sama. “Kita perlu melihat dalam konteks UA ini…

Read More

Turkiye serang pemberontak Kurdish

ANKARA 24 Okt. – Turkiye melancarkan serangan ke atas pemberontak Kurdish di Iraq dan Syria selepas menyalahkan mereka atas serangan yang mengorbankan lima orang di sebuah firma pertahanan di Ankara. Selain dua penyerang yang terbunuh ketika melancarkan serangan, seramai 22 orang lagi cedera dalam serangan itu, yang menurut kerajaan kemungkinan besar dilakukan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan. Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa jam kemudian, operasi udara dijalankan terhadap sasaran kumpulan berkenaan di utara Iraq dan Syria di mana 32 lokasi sasaran milik kumpulan itu berjaya dimusnahkan. Parti…

Read More