KUALA LUMPUR 24 Okt. – Sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin, seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya syarikat-syarikat yang didapati menyokong Israel dikenakan ‘cukai dosa’.
Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata kerajaan seharusnya mengambil beberapa langkah terhadap syarikat-syarikat berkaitan walaupun tidak boleh ditutup.
“Kenakan ‘cukai dosa’ atau sin tax terhadap syarikat-syarikat yang kita lihat menyokong Israel, kita nak tutup tidak boleh tetapi sekurang-kurangnya kenaikan cukai tersebut.
“Kita tidak (mempunyai) peluru berpandu balistik tetapi sekurang-kurangnya kita kenakan itu sebagai isyarat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
Hassan turut tidak bersetuju dengan penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).
“Saya setuju dengan Putrajaya, iaitu soal saham MAHB (iaitu) Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang urus. Perdana Menteri, Pengerusi Khazanah, MAHB ini untung, jadi kalau boleh tidak perlu saham 30 peratusnya kita jual kepada GIP.
“GIP sekarang dikawal oleh BlackRock Inc (BlackRock), rakyat Palestin (dan) Lebanon disembelih. Jadi, saya minta pada Pengerusi Khazanah (yang) kebetulan Menteri Kewangan (serta) Perdana Menteri untuk kaji balik,” katanya.
Nnnn
