Kawasan khas merokok di premis makanan

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk memperkenal kawasan khas merokok berhampiran premis makanan yang berada di kawasan sempit atau berdekatan, kata Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, contohnya premis makanan di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini,  penekanan diberi kepada keperluan untuk ruang ditetapkan seperti dilakukan di Singapura dan Jepun.

“Kami sedar penguatkuasaan mengekalkan jarak tiga meter (kawasan merokok dengan premis makanan) memberi sedikit cabaran terutama di kawasan sesak.

“Jika kita mahu mematuhi garis panduan itu, jaraknya sudah hampir mencapai tiga meter atau 10 kaki.

Kita akan mempertimbangkan keperluan khas, mungkin mewujudkan kawasan ditetapkan seperti di Singapura,” katanya selepas melakukan lawatan di beberapa premis makanan di sekitar Jalan Alor di sini semalam.

Beliau berkata, kawasan khas berkenaan akan mengambil kira keperluan perokok dan bukan perokok di sesuatu premis makanan.

Katanya, tindakan proaktif untuk memastikan persekitaran harmoni untuk semua di kawasan terbabit.

Terdahulu beliau melancarkan Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Bukit Bintang, yang merupakan langkah progresif negara menuju visi Malaysia bebas asap rokok.

Dalam sesi meja bulat yang berlangsung pada pukul 5:30 petang, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua wakil peniaga, NGO, dan agensi yang terlibat atas sokongan mereka dalam inisiatif ini.

Beliau menekankan kepentingan kerjasama antara semua pihak untuk mencipta premis makanan yang bersih dan selesa, serta menggalakkan pematuhan terhadap larangan merokok.

Program BeBAs yang diadakan di Jalan Alor, Bukit Bintang, merupakan langkah awal untuk mengubah persepsi dan memperbaiki keadaan premis makanan di Malaysia serta menjadikan kawasan ini sebagai contoh terbaik

Related posts

Leave a Comment