Jet pejuang iringi penerbangan Air India Express

SINGAPURA 16 Okt. – Singapura mengerahkan dua jet pejuang F-15SG mengiringi pesawat penerbangan AXB684 selepas Air India Express menerima e-mel yang menyatakan terdapat bom di dalam pesawatnya yang menuju ke Singapura.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengiringi pesawat itu menjauhi kawasan berpenduduk dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada pukul 10.04 malam 15 Oktober..

“Sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat (GBAD) dan Pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) kami turut diaktifkan. Sebaik sahaja di darat, pesawat itu diserahkan kepada polis lapangan terbang.

“Terima kasih kepada dedikasi dan profesionalisme SAF dan Home Team yang memastikan kami selamat, walaupun ancaman wujud di sekeliling kami,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya dan mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

Difahamkan, pesawat itu berlepas dari Madurai, selatan India kira-kira pukul 4.28 petang waktu Singapura.

(Foto hiasan dari FB)

Related posts

Leave a Comment