Enam kluster baharu Covid-19

PUTRAJAYA 28 Nov. – Enam kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini, membabitkan empat di Sabah serta masing-masing satu di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat kluster di Sabah melibatkan Kluster PTS Sibuga, Kluster Tapak Bina Jesselton, Kluster Dermaga dan Kluster Tempasuk.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah 180 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi Kluster PTS Sibuga, ia melibatkan daerah Sandakan dengan kes indeks (ke-35,885) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 November lepas hasil saringan individu bergejala dan setakat ini, sejumlah 324 individu disaring dengan 104 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu.

Beliau berkata Kluster Tapak Bina Jesselton dikesan di Kota Kinabalu, Sabah dengan kes positif hasil ujian saringan di tempat kerja pada 28 November lepas dan sehingga kini, seramai 181 individu disaring dengan 44 dikesan positif Covid-19.

Related posts

Leave a Comment