PUTRAJAYA 14 okt. – Lebih 20 pusat rehabilitasi diwujudkan di seluruh negara bagi menempatkan ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) untuk menyertai Program Rehabilitasi secara sukarela. Pusat itu dikendalikan bersama oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta beberapa agensi terbabit dalam isu itu. Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Baharuddin Ahmad, berkata ia adalah inisiatif kerajaan dalam usaha membimbing mereka untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar. Katanya, berdasarkan rekod diterima MKN, dianggarkan ada 10,500 ahli GISBH di seluruh negara. “Program ini…
Read MoreDay: October 14, 2024
Melaka putuskan GISB sesat
AYER KEROH – Jawatankuasa Fatwa Melaka memutuskan ajaran dan kepercayaan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd adalah sesat, sama seperti ajaran dan kepercayaan al-Arqam yang diwartakan pada tahun 1994. Mufti Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober lalu selepas mendapati beberapa elemen kumpulan itu bertentangan dengan hukum syarak. Katanya, ada beberapa perkara dalam GISB, serpihan-serpihan daripada kumpulan Al-Arqam, khususnya daripada keluarga Allahyarham Ashaari Muhammad yang mempunyai amalan, wirid dan sebagainya yang menjurus kepada ikutan fatwa al-Arqam…
Read MoreKapal China tidak langgar peraturan diplomatik
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata, tiada sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan negara termasuk bagi urusan diplomatik susulan kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau berkata kunjungan kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang, China itu turut mendapat kebenaran Kementerian Pertahanan. “Permohonan diplomatik dari kedutaan China jelas ada, yang memohon perkara berkenaan, untuk membuat lawatan ke sekolah yang berunsurkan dan berlatar belakang Konfusianisme dan lain-lain. “Ini ada diuruskan oleh pihak keselamatan dan yang lain itu kita harap kalau ada apa-apa…
Read MoreGubal RUU banteras jenayah, ‘scammer’
KUALA LUMUR 14 Okt . – Kerajaan akan menggubal rang undang-undang (RUU) jenayah dalam talian sebagai sebahagian usaha membanteras sindiket ‘scammer’ atau penipuan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said. Menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), beliau berkata penggubalan RUU itu dibuat selepas mengambil kira masa depan negara menuju ke arah digital. Azalina bagaimanapun tidak menyatakan perincian RUU yang dijadual dibentangkan selepas pembentangan Belanjawan 2025. Menurut Azalina, pihak dikatakan scammer tidak hanya terhad bagi jenayah telekomunikasi, tetapi termasuk e-kewangan,…
Read MoreKJ tunai janji belanja nasi lemak
AMPANG 14 Okt. – “Mestilah, suatu hari nanti saya hendak kembali (ke politik) sebab itu dunia asal saya. Tetapi, bila mahu kembali, saya akan ambil masa,” kata Khairy Jamaluddin selepas lebih setahun menjadi penyampai radio. Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, suatu hari kelak, beliau pasti kembali semula ke kerjaya asal, iaitu dalam bidang politik tetapi buat masa ini selesa dengan hidup dan kerjayanya sebagai deejay dan tidak mahu tergesa-gesa kembali ke dunia politik. Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ berkata demikian ketika mengulas mengenai hala tuju selepas meraih trofi Penyampai…
Read MoreRabu hari tanpa gula di Parlimen
KUALA LUMPUR – Hari tanpa gula di Parlimen setiap Rabu sepanjang persidangan Parlimen berlangsung mulai minggu ini. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata program itu dijayakan bagi menerapkan gaya hidup yang lebih sihat khususnya dalam kalangan Ahli Parlimen. “Hari tanpa gula ini bukan saja akan membabitkan kakitangan Parlimen tetapi turut meliputi Ahli-Ahli Parlimen juga. “Ini selaras dengan kempen gaya hidup sihat yang perlu kita amalkan bersama… ini termasuk teh tarik ye,” katanya ketika memulakan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, seiring penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi…
Read MoreBerita pilihan…
Hormati misi UNIFIL
ROME – Hormati misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Selatan Lubnan (UNIFIL). Demikian rayuan Paus Francis. Menurut laporan media, Francis berkata dalam doa Angelus di Rom bahawa beliau mengikuti situasi di Asia Barat dengan penuh kebimbangan. “Saya menyeru sekali lagi gencatan senjata segera di semua medan perang. Marilah kita mengambil jalan diplomasi dan dialog untuk mencapai keamanan.” katanya. Rayuan itu susulan beberapa askar PBB cedera akibat tembakan atau letupan semasa serangan Israel ke atas Lubnan. Kenyataan paus itu dibuat ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyeru pasukan pengaman di…
Read MoreSerangan ke Lubnan halang gencatan senjata
ISTANBUL – Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa, perang ke Lubnan menghalang usaha untuk mencapai gencatan senjata. “Peluasan perang ke Lubnan menjauhkan kita daripada mencapai gencatan senjata yang diperlukan untuk memberikan kelegaan kepada orang awam di seluruh rantau ini,” katanya yang baru sahaja pulang dari Lubnan di platform X. Katanya, orang ramai hidup dalam ketakutan dan kebimbangan di mana ratusan ribu orang, sebahagian besar daripada mereka wanita dan kanak-kanak, terpaksa melarikan diri untuk mencari keselamatan. Lazzarini berkata pasukan…
Read More