Hormati misi UNIFIL

ROME – Hormati misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Selatan Lubnan (UNIFIL). Demikian rayuan Paus Francis.

Menurut laporan media, Francis berkata dalam doa Angelus di Rom bahawa beliau mengikuti situasi di Asia Barat dengan penuh kebimbangan.

“Saya menyeru sekali lagi gencatan senjata segera di semua medan perang. Marilah kita mengambil jalan diplomasi dan dialog untuk mencapai keamanan.” katanya.

Rayuan itu  susulan  beberapa askar PBB cedera akibat tembakan atau letupan semasa serangan Israel ke atas Lubnan.

Kenyataan paus itu dibuat ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyeru pasukan pengaman di Lubnan untuk berundur daripada kedudukan mereka di zon konflik.

Serangan ke atas tentera PBB dan ibu pejabat mereka di selatan Lubnan beberapa hari lepas mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, termasuk dalam kalangan sekutu rapat Israel.

Nnn

Related posts

Leave a Comment