Maut diserang ketika bertugas

BEIRUT – Lima anggota Perkhidmatan Pertahanan Awam Lubnan terbunuh ketika sedang bertugas dalam serangan udara Israel di bandar selatan Tyre.

Ketika serangan berlaku, kesemua mangsa sedang menerima panggilan kecemasan di Pusat Pertahanan Awam di bandar Dardghaya.

Pertahanan Awam Lubnan ialah perkhidmatan perubatan kecemasan awam Lubnan

Serentak itu, Kementerian Kesihatan Lubnan mengecam serangan tersebut dalam hantaran di X dengan menyifatkan Israel bersalah kerana menyasarkan “krew penyelamat dan ambulans.

Israel didakwa tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa, norma dan konvensyen kemanusiaan

Related posts

Leave a Comment