JOHOR BAHRU 10 Okt. — Jika ada yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu. Demikian titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menempelak pihak yang tidak berpuas hati serta mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad. “Dengan izin dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pandangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya membuat keputusan untuk…
Read MoreDay: October 10, 2024
GISBH: 16 lagi ditahan bawah SOSMA
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Seramai 16 ahli GISB Holdings (GISBH) yang ditahan reman sebelum ini ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 58 orang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata penahanan semula itu turut dilakukan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali. Katanya, individu lain yang ditahan di bawah SOSMA adalah pimpinan tertinggi rangkaian GISBH. “Penahanan ke atas semua suspek dibuat selepas tempoh reman berakhir pada hari ini dan mereka…
Read MoreGISBH bakal dituduh bagi 4 kesalahan
KUALA LUMPUR 10 Okt. – GISB Holdings (GISBH) akan dituduh di mahkamah berdasarkan empat kes yang disiasat terhadap syarikat itu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain. Katanya, Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan berkaitan dan proses pertuduhan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Empat tuduhan itu membabitkan dua kertas siasatan mengikut Seksyen 12, Antipemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran 2007 manakala dua lagi Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 5 (1) Akta Pusat Jagaan 1993. Mohd Shuhaily berkata, pada masa ini Polis…
Read MorePemuda konsisten bawa suara rakyat
SEPANG – Pergerakan Pemuda UMNO kekal konsisten membawa suara rakyat tanpa rasa takut, , dulu, kini dan selamanya, kata ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh. “Meluruskan yang tempang, dan memperbaiki kepincangan,” tegasnya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini. Katanya, keutamaan Pemuda adalah suara rakyat dan bukannya suara pengadu domba yang suka melihat ‘kita’ berpecah belah. “Terima kasih Presiden Ahmad Zahid Hamidi kerana membenarkan Pemuda UMNO kini terus berjuang dan berkarya untuk membawa semangat pemuda dulu,kini dan InsyAllah selamanya,” katanya. Semalam, dalam satu hantaran di Facebooknya, Dr Muhamad Akmal menasihatkan semua…
Read More‘Gaza tidak lagi dapat dikenal pasti’
WASHINGTON – Ketua Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini menggambarkan Semenanjung Gaza sebagai “tidak lagi dapat dikenal pasti” . Katanya, tiada penghujung kepada keganasan yang melanda Asia Barat, selepas setahun penuh kehilangan dan penderitaan mendalam. “Gaza menjadi tanah perkuburan bagi puluhan ribu orang, termasuk ramai kanak-kanak dan hampir keseluruhan penduduknya hilang tempat tinggal,” kata Lazzarini semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di wilayah Palestin. Merujuk kepada situasi di Tebing Barat yang diduduki, Lazzarini memberi amaran tentang keganasan yang semakin meningkat di mana…
Read MoreTelur: Sabah minta pengecualian
PENAMPANG 10 Okt. – Sabah meminta pengecualian daripada kerajaan Pusat berhubung cadangan penamatan subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil. Timbalan Ketua Menteri, Dr Jeffrey G Kitingan berkata ini kerana Sabah bersama Sarawak adalah negeri yang memiliki jurang kemiskinan tinggi sekali gus memerlukan subsidi membabitkan barangan keperluan asas. “Tidak adil kalau subsidi yang baru terima ditarik semula sedangkan kita banyak sumbangan. Biarlah Sabah bersedia mempertingkatkan penghasilan dan keupayaan agar rakyat kita bukan lagi tergolong dalam kategori miskin tegar. “Oleh sebab itu, Kementerian…
Read MoreBerita pilihan…
Ratusan ribu orang awam terperangkap
BAITULMAQDIS – Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mendakwa ratusan ribu orang awam di Gaza masih terperangkap akibat serangan terbaharu Israel yang tertumpu di kem pelarian Jabalia. Ketua UNRWA Philippe Lazzarini, berkata sekurang-kurangnya 400,000 orang terperangkap di kawasan berkenaan dan terdapat laporan mengenai mayat yang tidak dapat diambil di jalanan akibat pertempuran secara berterusan. Lazzarini berkata, arahan pemindahan terkini daripada pihak berkuasa Israel memaksa orang ramai melarikan diri berulang kali, terutama dari kem Jabalia. Bagaimanapun ramai yang enggan berpindah kerana mereka tahu dengan jelas tiada tempat yang selamat di…
Read MoreMaut diserang ketika bertugas
BEIRUT – Lima anggota Perkhidmatan Pertahanan Awam Lubnan terbunuh ketika sedang bertugas dalam serangan udara Israel di bandar selatan Tyre. Ketika serangan berlaku, kesemua mangsa sedang menerima panggilan kecemasan di Pusat Pertahanan Awam di bandar Dardghaya. Pertahanan Awam Lubnan ialah perkhidmatan perubatan kecemasan awam Lubnan Serentak itu, Kementerian Kesihatan Lubnan mengecam serangan tersebut dalam hantaran di X dengan menyifatkan Israel bersalah kerana menyasarkan “krew penyelamat dan ambulans. Israel didakwa tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa, norma dan konvensyen kemanusiaan
Read More