BAITULMAQDIS – Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mendakwa ratusan ribu orang awam di Gaza masih terperangkap akibat serangan terbaharu Israel yang tertumpu di kem pelarian Jabalia.
Ketua UNRWA Philippe Lazzarini, berkata sekurang-kurangnya 400,000 orang terperangkap di kawasan berkenaan dan terdapat laporan mengenai mayat yang tidak dapat diambil di jalanan akibat pertempuran secara berterusan.
Lazzarini berkata, arahan pemindahan terkini daripada pihak berkuasa Israel memaksa orang ramai melarikan diri berulang kali, terutama dari kem Jabalia.
Bagaimanapun ramai yang enggan berpindah kerana mereka tahu dengan jelas tiada tempat yang selamat di mana-mana kawasan di Gaza.
Tentera zionis Israel menyatakan serangan besar-besaran yang kini memasuki hari kelima, bertujuan untuk menghentikan pejuang Hamas daripada melancarkan serangan lanjut dari Jabalia serta menghalang mereka daripada berkumpul semula.
Menurut Lazzarini, beberapa pusat perlindungan dan perkhidmatan UNRWA terpaksa ditutup buat kali pertama sejak perang bermula dan hampir tiada bekalan asas yang tersedia sekali gus menyebabkan kebuluran mula merebak semula di utara Gaza.
“Operasi ketenteraan terbaharu ini juga mengancam pelaksanaan fasa kedua kempen vaksinasi polio untuk kanak-kanak,” katanya.
Selain arahan pemindahan, Israel turut mengarahkan penutupan beberapa hospital di utara Gaza sekali lagi, termasuk hospital Kamal Adwan dan Al-Awda.
Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan menggambarkan situasi itu sebagai ‘dejavu’ di media sosial, serta menyatakan semua pihak tahu kengerian yang bakal berlaku selepas arahan berkenaan dikeluarkan.
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serangan tentera Zionis ke atas Gaza malam tadi, termasuk lima kanak-kanak dan dua
Dua serangan itu menyasarkan khemah untuk orang yang dipindahkan di kem pelarian bandar Nuseirat dan Bureij di tengah Gaza.
Sementara itu, mayat sembilan orang, termasuk tiga kanak-kanak dibawa ke hospital Al-Aqsa di bandar Deir al-Balah yang berdekatan.
Nnn
