PUTRAJAYA 8 Okt. – “Tak perlu (Pakatan Harapan) minta maaf. Jangan usik rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, kita harus hormat antara satu sama lain,”. Itu peringatan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pada masa yang sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga menegaskan kenyataan berhubung gesaan PH memohon maaf itu sama sekali tidak mewakili pendirian UMNO sebaliknya kenyataan peribadi. “Selagi presiden atau ketua parti tak keluarkan sebarang kenyataan, itu adalah berbentuk peribadi,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di sini, hari ini. Ingatan itu sebagai…
Read MoreDay: October 8, 2024
Tidak mundur jika cuti Jumaat
SEPANG 8 Okt. – Johor tidak akan mundur jika Jumaat dikekalkan sebagai hari cuti yang juga memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di negeri itu, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim. Beliau yang tidak setuju dengan perubahan cuti itunmulai tahun depan berkata rakyat Johor yang bukan Islam pula menerima hakikat budaya dan sejarah politik Johor mengapa hari Jumaat adalah hari cuti di Johor. Katanya, perubahan itu juga mempunyai makna yang tersendiri iaitu melupakan pengertian budaya dan sejarah politik Johor itu sendiri. “Johor adalah sebuah negeri Melayu dalam…
Read MoreOrang Asli pertama jadi AMKT UMNO
KUALA LUMPUR 8 Okt. – Ahli Parlimen Cameron Highlands yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pelantikan itu adalah detik bersejarah apabila Dr Ramli merupakan Orang Asli pertama menjadi Ahli MKT UMNO. “Pelantikan ini membuktikan komitmen parti untuk menghargai dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang termasuk orang asli. UMNO akan terus komited untuk memperjuangkan suara dan hak-hak masyarakat Orang Asli dan…
Read MoreBerita pilihan…
AS minta Israel tidak serang lapangan terbang
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Israel supaya tidak menyerang lapangan terbang Beirut atau jalan-jalan menuju ke sana, ketika tentera Israel melancarkan serangan intensif terhadap Hizbullah di selatan ibu kota Lubnan. Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller, berkata bukan saja lapangan terbang tetap dibuka, tetapi juga jalan-jalan ke lapangan terbang, supaya warganegara AS dan negara lain yang ingin meninggalkan negara itu dapat keluar, Setakat ini, kira-kira 900 orang telah menaiki penerbangan itu, kata Miller, walaupun penerbangan itu tidak penuh bagi setiap penerbangan. AS juga membuat tempahan khas bagi tempat…
Read MoreKumpulan Hizbullah serang Haifa
BEIRUT – Kumpulan Hizbullah dari Lubnan menyerang bandar Haifa di utara Israel dengan serangan roket besar-besaran sebagai tanda menyokong rakyat Palestin yang teguh dengan penentangan mereka di Semenanjung Gaza. Menurut kenyataan itu, para pejuang mengebom pada tengah hari Isnin di utara bandar Haifa dengan serangan roket sebagai tindak balas kepada pencerobohan biadab Israel ke atas bandar, kampung dan orang awam. Pejuang juga mengebom pangkalan Nimra dan penempatan Karmiel dengan serangan roket. Israel pula melakukan 30 serangan udara ke atas bandar, kampung dan kawasan lapang di selatan Lubnan pada waktu pagi…
Read More