AS minta Israel tidak serang lapangan terbang

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Israel supaya tidak menyerang lapangan terbang Beirut atau jalan-jalan menuju ke sana, ketika tentera Israel melancarkan serangan intensif terhadap Hizbullah di selatan ibu kota Lubnan.

Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller, berkata bukan saja lapangan terbang tetap dibuka, tetapi juga jalan-jalan ke lapangan terbang, supaya warganegara AS dan negara lain yang ingin meninggalkan negara itu dapat keluar,

Setakat ini, kira-kira 900 orang telah menaiki penerbangan itu, kata Miller, walaupun penerbangan itu tidak penuh bagi setiap penerbangan.

AS juga membuat tempahan khas bagi tempat duduk dalam penerbangan komersial yang masih beroperasi.

Kata, kira-kira 8,500 warga AS menghubungi Jabatan Negara untuk bertanya mengenai syarat-syarat terbang dengan pesawat sewa khas namun tidak semua mahu meninggalkan negara itu.

Jurucakap itu juga enggan mengulas mengenai serangan Israel di Lubnan — dan Beirut secara khusus — serta sama ada mereka mematuhi undang-undang antarabangsa.

Ketika ini, AS mengkritik jumlah korban daripada serangan Israel di Gaza — yang mana lebih daripada 41,000 orang terkorban sehingga Presiden Joe Biden menyatakan beberapa tindakan Israel di Gaza sangat “berlebihan.”

Setakat ini, Washington tidak mengubah dasar mereka dalam menyokong Israel berhubung operasi ketenteraannya yang kini semakin berkembang ke beberapa negara lain.

Israel melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran sebagai tindak balas terhadap serangan berdarah oleh kumpulan pejuang Hamas di n Palestin, bermula 7 Oktober 2023.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Israel memperluaskan perangnya dari jalur Gaza, yang kini di sasarkan ke Lubnan yang mana Hamas kini beroperasi.

Related posts

Leave a Comment