‘Beban kesakitan tidak tertanggung’

GENEVA: Setahun konflik di Gaza, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyatakan bahawa terdapat “beban kesakitan yang tidak tertanggung” .

Rakyat di Gaza terus menanggung beban kesakitan, penderitaan, dan kehilangan yang tidak tertanggung, yang melangkaui sempadan.

“Tahun ini ditandai dengan kekecewaan dan persoalan yang tidak terjawab. Puluhan ribu orang telah terbunuh dan jutaan lagi telah kehilangan tempat tinggal di seluruh rantau ini,” katanya.

Justeru, ICRC sekali lagi menyeru semua pihak yang terlibat untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Maruah manusia mesti dihormati.

Di bawah Konvensyen Geneva, agensi itu bertanggungjawab untuk mencegah dan mengurangkan penderitaan semasa konflik bersenjata, dengan perlindungan orang awam sebagai keutamaannya.

Sementara itu Israel pada Ahad terus melancarkan serangan udara  di seluruh utara Gaza, yang disifatkan penduduk tempatan sebagai pengeboman paling intensif sejak Oktober 2023.

Pertahanan Awam Gaza dalam satu kenyataan berkata, puluhan orang terbunuh atau cedera dan terperangkap di bawah runtuhan rumah yang terkena serangan Israel.

Serangan itu tertumpu di kawasan timur Jabalia, Tel al-Zaatar dan berhampiran Hospital Indonesia, menurut Pertahanan Awam, yang menambah bahawa pasukannya tidak dapat membantu ramai mangsa dalam serangan semalaman itu.

Saksi melaporkan bahawa kenderaan artileri turut melepaskan tembakan kawasan barat laut Gaza utara.

Jurucakap tentera, Avichay Adraee, menyiarkan peta yang menunjukkan dua laluan pemindahan dari utara Gaza ke selatan, dan menggesa penduduk untuk berpindah.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan pada Ahad bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak 7 Okt 2023 telah mencecah 41,870 orang.

Nnn

Related posts

Leave a Comment