Istiadat perkahwinan diraja 24,25,27 Okt.

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang. Pasangan putera kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan. Istiadat perkahwinan diraja itu adalah yang kedua pada tahun ini selepas Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung pada 22, 23 dan 25 Ogos lalu. Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, hari ini, Al-Sultan Abdullah dan…

Read More

‘So called parti: 4 anggota dipindah keluar IPD

SHAH ALAM 7 Okt. – Empat anggota termasuk seorang pegawai dipindah keluar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta-merta susulan tindakan mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) menyalahgunakan premis kerajaan. Ketua Polis Selangor  Hussein Omar Khan berkata penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor. Beliau berkata arahan berkenaan dikeluarkan berikutan tindakan anggota berpangkat koperal membawa masuk empat orang awam iaitu tiga wanita dan seorang lelaki ke pejabat mereka pada awal pagi 28 September. Dalam insiden ‘so called’ parti itu, mereka mendengar muzik dan juga…

Read More

Elak ungkit keaiban selepas perpisahan

SEPANG 7 Okt. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutama selepas perpisahan. Katanya, Islam mengajar umatnya untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan. “Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan, namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat. Justeru, setelah berpisah, berilah ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baru dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam,” katanya dalam entri di media…

Read More

Penyelarasan cuti libatkan 1.948 juta pekerja

SEPANG 7 Okt. – Lebih 4.1 juta rakyat Johor termasuk 587,343 pelajar dan 1.948 juta pekerja terlibat dalam penyelarasan semula cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025. Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri bersama Mufti Negeri dan agensi terbabit akan memperincikan waktu kerja yang sesuai terutamanya pada Jumaat bagi memberi ruang dan masa mencukupi untuk umat Islam solat Jumaat. “Insya-Allah, tanpa mengetepikan kepentingan urusan solat, penyelarasan ini juga akan mengurangkan masalah penjadualan dalam kalangan sektor awam dan sektor swasta. “Selain itu, ia…

Read More

Johor cuti Sabtu, Ahad mulai 2025

JOHOR BAHRU 7 Okt. – Mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan diubah semula kepada hari Sabtu dan Ahad, demikian titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerusi satu kenyataan di laman Facebook. Menurut baginda, perubahan itu telah mendapat perkenan dan restu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Dalam kenyataan sama, Tunku Mahkota Ismail turut bertitah supaya semua pihak boleh memberi ruang untuk pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat pada waktunya. “Saya juga menitahkan agar…

Read More

Wartawan terbunuh dalam serangan Israel

GAZA – Seorang wartawan berusia 19 tahun terbunuh beberapa hari selepas beliau mendakwa diberi amaran oleh seorang pegawai Israel untuk berhenti merakamkan visual kemusnahan yang berlaku di Gaza. Hassan Hamad maut dalam satu serangan udara tentera Zionis ke atas rumahnya di kem pelarian Jabalia, utara Gaza. Dengan kematian wartawan itu yang karya-karyanya pernah disiarkan di Al Jazeera dan rangkaian saluran berita lain, pejabat media kerajaan Gaza menyatakan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh sejak perang bermula 7 Oktober 2023 meningkat kepada 175 orang. Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) menyatakan sekurang-kurangnya 128 wartawan…

Read More

Israel tingkat langkah keselamatan

TEL AVIV –  Israel akan meningkatkan lagi langkah keselamatan tambahan pada Isnin apabila mendakwa kemungkinan diserang oleh pasukan pejuang Palestin, Hamas pada ulang tahun pertama serangan itu yang tercetus pada 7 Oktober 2023. Jurucakap antarabangsa Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Nadav Shoshani berkata, Hamas mempunyai kecenderungan untuk mencuba dan melakukan serangan pengganas pada tarikh simbolik seperti ini. “Itulah sebabnya kami bersiap sedia untuk itu, menambah pasukan di selatan dan bersiap sedia untuk perkara seperti itu,” katanya. Dakwa Shoshani lagi, Hamas telah melancarkan roket dari Gaza ke selatan Israel pada hari Ahad,…

Read More

‘Beban kesakitan tidak tertanggung’

GENEVA: Setahun konflik di Gaza, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyatakan bahawa terdapat “beban kesakitan yang tidak tertanggung” . Rakyat di Gaza terus menanggung beban kesakitan, penderitaan, dan kehilangan yang tidak tertanggung, yang melangkaui sempadan. “Tahun ini ditandai dengan kekecewaan dan persoalan yang tidak terjawab. Puluhan ribu orang telah terbunuh dan jutaan lagi telah kehilangan tempat tinggal di seluruh rantau ini,” katanya. Justeru, ICRC sekali lagi menyeru semua pihak yang terlibat untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Maruah manusia mesti dihormati. Di bawah Konvensyen Geneva, agensi itu bertanggungjawab untuk mencegah dan…

Read More