TEL AVIV – Israel akan meningkatkan lagi langkah keselamatan tambahan pada Isnin apabila mendakwa kemungkinan diserang oleh pasukan pejuang Palestin, Hamas pada ulang tahun pertama serangan itu yang tercetus pada 7 Oktober 2023.
Jurucakap antarabangsa Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Nadav Shoshani berkata, Hamas mempunyai kecenderungan untuk mencuba dan melakukan serangan pengganas pada tarikh simbolik seperti ini.
“Itulah sebabnya kami bersiap sedia untuk itu, menambah pasukan di selatan dan bersiap sedia untuk perkara seperti itu,” katanya.
Dakwa Shoshani lagi, Hamas telah melancarkan roket dari Gaza ke selatan Israel pada hari Ahad, sehari sebelum ulang tahun.
Beliau mendakwa, Hamas mempunyai berpuluh-puluh ribu roket manakala Hezbollah mempunyai sekitar 150,000 roket.
Bagaimanapun, jumlah roket yang dilancarkan dari Gaza ke Israel telah menurun secara mendadak.
Nnn
