PH bertanding satu logo

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan satu logo – Pakatan Harapan bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan majlis berkenaan, semalam.

“Satu reka bentuk baharu logo itu juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15,” menurut kenyataan itu.

Pada PRU lalu, DAP, PKR, Amanah serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggunakan simbol PKR.

Kenyataan itu juga memaklumkan, Majlis Presiden PH akan memberi fokus kepada usaha konsolidasi bagi memperkukuh PH itu sendiri.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Related posts

Leave a Comment