LONDON – Disebabkan ‘renungan Margaret Thatcher’ Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, terpaksa mengeluarkan potret bekas Perdana Menteri Britain itu dari bilik membaca di kediamannya di Downing Street.
Beliau menegaskan keputusannya bukan bersifat peribadi sebaliknya tidak menyukai keadaan di mana terdapat mana-mana potret ‘merenungnya’ semasa dia bekerja.
Laporan mengenai Starmer mengeluarkan lukisan potret itu daripada bilik membaca peribadinya di Nombor 10 telah menimbulkan pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan pembangkang dan ahli politik.
Beliau memberitahu program Sunday With Laura Kuenssberg BBC: “Ini sebenarnya bukan mengenai Margaret Thatcher sama sekali. Saya tidak suka imej dan gambar orang yang merenung saya”.
“Ini adalah bilik membaca saya, ia adalah tempat peribadi saya di mana saya bekerja. Saya tidak mahu gambar sesiapa pun,” katanya.
Potret itu yang dihasilkan atas permintaan Gordon Brown pada 2007, digantung di dalam bilik itu, yang kadang-kala dikenali sebagai ‘Bilik Membaca Thatcher’ oleh David Cameron.
Penulis biografi Starmer Tom Baldwin mendedahkan baru-baru ini potret itu telah dikeluarkan dari bilik itu kerana Perdana Menteri mendapati ia ‘meresahkan’.
Nnn
