Pemuda UMNO, DAPSY ‘berbalah’ isu halal

SEPANG 9 Sept. – “Sila ajar pemimpin senior kamu untuk beradab,” Itu peringatan Ketua Pemuda UMNO , Dr Muhammad Akmal Saleh kepada rakan sejawatannya dari DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berhubung isu pensijilan halal. Beliau memberi reaksi itu sebagai menjawab dakwaan Yii yang menyifatkan Akmal mengeluarkan kenyataan berbaur seksis dan misoginis (kebencian terhadap wanita) dan biadab serta tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin belia. Yii menyelar Muhammad Akmal yang mahu menampal logo tidak halal pada dahi  Teresa Kok susulan kenyataan Naib Pengerusi DAP itu berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal…

Read More

Dua peguam DAP iringi Teresa Kok

KUALA LUMPUR 9 Sept. –  Dua orang peguam, Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh akan menemani Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal. Naib Pengerusi DAP  itu dijadualkam memberi keterangan pukul 10 pagi di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman. Menurut urusetia Pejabat Ahli Parlimen Seputeh itu,  satu sidang media akan diadakan kira-kira pukul 11 pagi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, selepas memberi keterangan. Terdahulu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Teresa dipanggil memberi keterangan esok manakala beberapa…

Read More

Singapura pertingkat langkah keselamatan

SINGAPURA  9 Sept. – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura sedang melaksanakan pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan ke atas pengembara dan kenderaan yang tiba di pusat pemeriksaan darat, udara dan laut. ICA dalam hantaran di laman Facebook rasminya berkata langkah itu yang bermula hari ini sehingga 14 September adalah berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini. “Pengembara harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan berikutan pemeriksaan yang dipertingkatkan dan mengambil kira masa tambahan untuk urusan imigresen,“ kata ICA melalui Facebooknya. Bagaimanapun ICA tidak menyatakan sebab-sebab langkah keselamatan itu…

Read More

Halal bawa manfaat ekonomi, bukan pembaziran

SEPANG 9 Sept.  – Pensijilan halal memainkan peranan yang kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa yang mana pasaran produk dan perkhidmatan halal dijangka bernilai US$5 trilion pada 2030. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),  Reezal Merican Naina Merican berkata Malaysia tampil sebagai peneraju dalam industri halal global, menetapkan standard kecemerlangan dan inovasi yang menjadi penanda aras. Dalam satu hantaran di Facebooknya, beliau berkata kepemimpinan Malaysia dalam sektor ini sukar dipertikaikan, sentiasa menjangkau batas baharu dan meningkatkan piawaian di peringkat antarabangsa. “Sebagai perintis, Malaysia bukan sahaja memperkukuh…

Read More

‘Renungan Thatcher’ meresahkan Starmer

LONDON – Disebabkan ‘renungan Margaret Thatcher’ Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, terpaksa mengeluarkan potret bekas Perdana Menteri Britain itu dari bilik membaca di kediamannya di Downing Street. Beliau menegaskan keputusannya bukan bersifat peribadi sebaliknya tidak menyukai keadaan di mana terdapat mana-mana potret ‘merenungnya’ semasa dia bekerja. Laporan mengenai Starmer mengeluarkan lukisan potret itu daripada bilik membaca peribadinya di Nombor 10 telah menimbulkan pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan pembangkang dan ahli politik. Beliau memberitahu program Sunday With Laura Kuenssberg BBC: “Ini sebenarnya bukan mengenai Margaret Thatcher sama sekali. Saya tidak suka…

Read More

Bangladesh tidak mampu tampung Rohingya

DHAKA – Kerajaan Bangladesh mengulangi kenyataannya semalam bahawa ia tidak dapat menampung sebarang kemasukan baharu pelarian Rohingya dan menggesa negara serta pertubuhan yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya turut berkongsi beban itu, Penasihat Kementerian Luar, Md Touhid Hossain berkata, Dhaka telah menjelaskan kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bahawa tidak mungkin Bangladesh menerima lebih ramai Rohingya. Beliau berkata UNHCR meminta Bangladesh untuk melindungi pendatang baharu, yang kerajaan telah menolak dengan tegas. Semalam ketua kerajaan sementara Bangladesh, Muhammad Yunus menggesa penempatan semula negara ketiga yang pantas bagi etnik Rohingya…

Read More