Bangladesh tidak mampu tampung Rohingya

DHAKA – Kerajaan Bangladesh mengulangi kenyataannya semalam bahawa ia tidak dapat menampung sebarang kemasukan baharu pelarian Rohingya dan menggesa negara serta pertubuhan yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya turut berkongsi beban itu,

Penasihat Kementerian Luar, Md Touhid Hossain berkata, Dhaka telah menjelaskan kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bahawa tidak mungkin Bangladesh menerima lebih ramai Rohingya.

Beliau berkata UNHCR meminta Bangladesh untuk melindungi pendatang baharu, yang kerajaan telah menolak dengan tegas.

Semalam ketua kerajaan sementara Bangladesh, Muhammad Yunus menggesa penempatan semula negara ketiga yang pantas bagi etnik Rohingya yang tinggal di negara Asia selatan itu.

Kira-kira 8,000 etnik Rohingya melarikan diri merentasi sempadan ke Bangladesh dalam beberapa bulan kebelakangan ini ketika pertempuran semakin sengit antara junta pemerintah Myanmar dan Tentera Arakan.

Pendatang baharu itu secara tidak langsung menambah lebih daripada satu juta pelarian Rohingya yang sudah tinggal di kem yang sesak di daerah Cox’s Bazar Bangladesh, sejak tahun 2017.

Justeru gesaan untuk mempercepatkan usaha penempatan semula dibuat semasa pertemuan dengan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), di mana Yunus berkata, proses penempatan semula harus mudah, teratur dan lancar.

Dalam pada itu, Hossain berkata Bangladesh telah memberikan lebih banyak sokongan daripada jangkaan, menjadi tuan rumah kepada 1.2 juta Rohingya atas dasar kemanusiaan.

“Mereka yang datang kepada kami dengan nasihat atau mereka yang ingin menasihati kami – biarkan mereka mengambil pelarian Rohingya ini,” katanya.

Hossain berkata Bangladesh telah memberikan lebih banyak sokongan daripada jangkaan, menjadi tuan rumah kepada 1.2 juta Rohingya atas dasar kemanusiaan.

“Mereka yang datang kepada kami dengan nasihat atau mereka yang ingin menasihati kami – biarkan mereka mengambil pelarian Rohingya ini,” katanya.

Penasihat itu juga berkata bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menghalang kemasukan seterusnya pelarian Rohingya seboleh mungkin, walaupun usaha menutup sempadan dengan Myanmar sepenuhnya masih menjadi cabaran.

Pada 3 September, Hossain berkata kira-kira 8,000 pelarian Rohingya baru-baru ini memasuki Bangladesh, melarikan diri dari konflik bersenjata di Negeri Rakhine, Myanmar.

Sejak 25 Ogos 2017, Bangladesh telah menjadi tuan rumah kepada lebih sejuta orang Rohingya yang dipindahkan secara paksa ke Cox’s Bazar.

Kebanyakan mereka tiba di sana selepas tindakan keras tentera Myanmar, yang digelar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘contoh buku teks pembersihan etnik’ dan lain-lain kumpulan hak asasi manusia menggelarkannya sebagai genosid.

Dalam tujuh tahun lalu, tiada seorang pun pelarian Rohingya pulang ke tanah air mereka kerana bimbang mengenai keselamatan nyawa mereka di Negeri Rakhine.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment