Singapura pertingkat langkah keselamatan

SINGAPURA  9 Sept. – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura sedang melaksanakan pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan ke atas pengembara dan kenderaan yang tiba di pusat pemeriksaan darat, udara dan laut.

ICA dalam hantaran di laman Facebook rasminya berkata langkah itu yang bermula hari ini sehingga 14 September adalah berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini.

“Pengembara harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan berikutan pemeriksaan yang dipertingkatkan dan mengambil kira masa tambahan untuk urusan imigresen,“ kata ICA melalui Facebooknya.

Bagaimanapun ICA tidak menyatakan sebab-sebab langkah keselamatan itu diambil.

Untuk rekod, Ketua Gereja Katolik dan pemimpin Kota Vatican, Paus Francis dijadualkan melawat Singapura dari 11 hingga 13 September untuk pusingan terakhir lawatannya ke Asia Pasifik.

Paus berusia 87 tahun itu sebelum ini melawat Indonesia, destinasi pertamanya dalam jelajah Asia-Pasifik selama 12 hari, yang paling lama dan paling jauh sepanjang tempoh perkhidmatannya setakat ini.

Selain Indonesia dan Singapura, beliau juga melawat Timor-Leste dan Papua New Guinea.

Nnn

Related posts

Leave a Comment