KUALA LUMPUR 9 Sept. – Dua orang peguam, Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh akan menemani Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.
Naib Pengerusi DAP itu dijadualkam memberi keterangan pukul 10 pagi di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.
Menurut urusetia Pejabat Ahli Parlimen Seputeh itu, satu sidang media akan diadakan kira-kira pukul 11 pagi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, selepas memberi keterangan.
Terdahulu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Teresa dipanggil memberi keterangan esok manakala beberapa saksi lain, termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang akan dipanggil kemudian untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan
Semalam, Razarudin berkata siasatan ke atas kenyataan Teresa akan dilaksanakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan isu berkaitan raja, agama, dan kaum (3R)
Media sebelum ini melaporkan bahawa Jakim sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.
Nnn
