KOTA BHARU 3 Sept. – Satu sesi taklimat dan perbincangan bersama semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan diadakan minggu depan bagi membincangkan syarat draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan yang dikemukakan Kerajaan Perpaduan. Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, berkata satu keputusan akan dibuat menerusi perbincangan itu yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 September ini. “Susulan perbincangan itu, terdapat wakil yang akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan kita berharap akan mendapat satu keputusan kolektif pada 9 September ini,” katanya pada sidang media, di…
Read MoreDay: September 3, 2024
Dua pemimpin MHO dipanggil polis
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Dua pemimpin Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut didakwa membabitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan suaminya. Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim, berkata beliau bersama ahli jawatankuasa, Azirul Shafiq memberi keterangan pada pukul 9.30 pagi. Susulan itu, beliau juga menyerahkan beberapa dokumen kepada pegawai penyiasat Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. “Kami (MHO) dipanggil merakam keterangan oleh Atipsom bagi membantu siasatan isu…
Read MoreAir: Masuk mahkamah jawab di mahkamah.
TANJONG 3 Sept. – Kerajaan Pulau Pinang bersedia sekiranya Kedah mahu membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah ke mahkamah, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow. Beliau berkata terpulang kepada Kedah untuk mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara itu dapat diputuskan oleh mahkamah. “Jawapan saya sama juga, terpulang kepada Kedah untuk ambil tindakan sewajarnya dan kita akan respons dengan sewajarnya. “Kalau cuma cakap, kita jawab cakap sahaja, itulah kalau masuk ke mahkamah kita akan jawab dalam mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu beliau menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan…
Read More5 restoran bukan pemegang sijil halal
PUTRAJAYA 3 Sept. – Lima restoran iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, semakan status halal itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan. “Untuk makluman, pertanyaan itu telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim. Semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang…
Read MoreDr M kagum pertumbuhan Putrajaya
PUTRAJAYA 3 Sept. – Dr Mahathir Mohamad, pencetus Putrajaya mengucapkan tahniah kepada barisan pegawai yang mentadbir pusat pentadbiran Malaysia itu yang telah ‘matang’ sejak dilancarkan pada 1995. Bekas Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya hari ini kagum dan bangga dengan pertumbuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang disifatkan sangat luar biasa. “Tetapi apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia ialah keindahan bandar itu. Ia benar-benar sebuah bandar taman. “Jalan-jalan dipenuhi dengan bunga-bunga pagar yang dipangkas indah. Pokok-pokok rendang memenuhi jalan raya. Taman dijaga dengan baik dan berlandskap. Pentadbir jelas mempunyai cita rasa…
Read MoreBerita pilihan…
Hamas beri amaran, Netanyahu mohon maaf
GAZA – Hamas memberi amaran bahawa tebusan Israel yang ditahan di Gaza akan kembali “di dalam keranda” jika Israel cuba membebaskan mereka melalui tekanan tentera. Menurut Hamas, pejuangnya yang mengawal tebusan di wilayah Palestin telah menerima “arahan baharu” mengenai cara menangani tebusan jika tentera Israel mendekati. Bahkan, mereka juga telah mengeluarkan poster bergambar yang menunjukkan tebusan diancam dengan pistol. Jurucakap sayap tentera Hamas Briged Al-Qassam, Abu Obaida yang membaca kenyataan berkata, ketegasan Netanyahu untuk membebaskan banduan melalui tekanan tentera dan bukannya membuat perjanjian bermakna mereka akan kembali kepada keluarga mereka…
Read MoreNetanyahu tidak lakukan usaha mencukupi
WASHINGTON – Presiden Joe Biden mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang didakwa tidak mengambil usaha yang mencukupi untuk mencapai persetujuan perjanjian pembebasan tebusan yang ditawan pejuang Palestin, Hamas. Beliau menjawab “tidak” apabila ditanya pemberita di White House – sama ada beliau berpendapat pemimpin Israel itu telah mengambil usaha yang memadai. Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mengadakan pertemuan dengan perunding AS mengenai perjanjian pembebasan tebusan itu selepas kematian enam tebusan di Gaza pada hari Sabtu, termasuk seorang warganegara AS. Menurut Biden, perunding “sangat hampir” dengan cadangan muktamad untuk dibentangkan kepada…
Read More