Hamas beri amaran, Netanyahu mohon maaf

GAZA – Hamas memberi amaran bahawa tebusan Israel yang ditahan di Gaza akan kembali “di dalam keranda” jika Israel cuba membebaskan mereka melalui tekanan tentera.

Menurut Hamas,  pejuangnya yang mengawal tebusan di wilayah Palestin telah menerima “arahan baharu” mengenai cara menangani tebusan jika tentera Israel mendekati.

Bahkan, mereka juga telah mengeluarkan poster bergambar yang menunjukkan tebusan diancam dengan pistol.

Jurucakap sayap tentera Hamas Briged Al-Qassam, Abu Obaida yang membaca kenyataan berkata, ketegasan Netanyahu untuk membebaskan banduan melalui tekanan tentera dan bukannya membuat perjanjian bermakna mereka akan kembali kepada keluarga mereka di dalam keranda.

Katanya , keluarga mereka perlu memilih sama ada mereka mati atau hidup.

Kenyataan Hamas itu dikeluarkan susulan enam mayat tebusan dari Gaza ditemukan oleh tentera Israel pada hujung minggu lalu.di mana jurucakap Israel mendakwa , keenam-enam tebusan itu “dibunuh dengan kejam oleh Hamas”.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu “memohon maaf ” secara terbuka kepada keluarga kesemua enam tebusan yang mayat mereka ditemukan di Gaza pada Sabtu lalu.

Dalam sidang media di BAITULMAQDIS, Netanyahu berkata: “Kami (tentera Israel) sudah menghampiri, hampir sampai” untuk membawa mereka pulang hidup-hidup.

Beliau turut berikrar: “Dan saya ingin mengulangi sekali lagi, Israel tidak akan meneruskan agenda biasa kami selepas pembunuhan beramai-ramai itu. Hamas akan membayar harga yang sangat mahal untuknya.”

Netanyahu, menegaskan Israel akan bertindak balas dengan keras terhadap Hamas dan turut membayangkan tindak balas itu akan menyamai serangan balas terhadap Hezbollah pada Julai lalu yang membunuh komander tertinggi kumpulan yang disokong Iran, Fu’ad Shukr.

“Kami akan menuntut harga yang tinggi daripada Hamas; Saya tidak akan memberitahu anda berapa harganya dan apa yang akan kami lakukan, akan ada unsur kejutan di sini,” kata Netanyahu.

Nnn

Related posts

Leave a Comment