Kes denggi catat penurunan

PUTRAJAYA 2 Sept. – Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lalu kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya, dengan satu kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME34 adalah sebanyak 94,807 kes berbanding 78,277 bagi tempoh sama tahun lalu. Beliau berkata terdapat 84 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 55 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, Dr. Muhammad Radzi berkata, …

Read More

Motosikal baharu wajib miliki ABS

PUTRAJAYA 2 Sept. – Mulai 1 Januari 2025, semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc dan ke atas wajib memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, langkah itu adalah antara insiatif menangani kes kemalangan jalan raya, khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. “Mari kita bermula dengan menjadikan penunggang motosikal lebih selamat kerana 65 peratus daripada jumlah kematian jalan raya tahun lalu, membabitkan penunggang motosikal,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 di sini, hari ini. Ahmad Zahid…

Read More

Tunggu laporan lengkap MAS

PUTRAJAYA 2 Sept. – Kementerian Pengangkutan menunggu laporan lengkap daripada Malaysia Airlines Berhad (MAB) berhubung pesawat MH66 yang terpaksa berpatah balik ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, semalam. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata beliau sendiri sudah berhubung dengan syarikat penerbangan terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden itu. “Saya sudah berhubung dengan mereka (MAB), jadi kita tunggu laporan lengkap berkenaan dengan masalah teknikal terbabit. “Saya sudah meminta pihak MAB untuk membuat kenyataan berkenaan perkara itu,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS)…

Read More

Kedah terima saranan Pulau Pinang

BANGI 2 Sept. – Kedah akan membawa isu berhubung tuntutan bayaran caj air mentah daripada Pulau Pinang ke mahkamah, seperti disarankan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Kon Yeow meminta kerajaan Kedah berbuat demikian supaya ia boleh diputuskan undang-undang. “Pulau Pinang yang kata bawa ke mahkamah, jadi kita lakukan. Dia (Kon Yeow) yang cakap jika nak tuntut bayaran, kena bawa ke mahkamah. Dia yang suruh, bukan saya yang nak. Bacalah kenyataan dia, kita akan buat,” katanya pada sidang media selepas…

Read More

SG4 terima komitmen pelaburan

BANGI 2 Sept. – SG4 Group Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkan empat negeri pembangkang sudah menerima komitmen pelaburan daripada beberapa negara termasuk Korea Selatan dan Jepun. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bagaimanapun berkata, jumlah pelaburan berkenaan masih belum boleh diumumkan, sehingga ia dapat direaliasasikan. Di samping itu ada juga yang sedang dalam perbincangan dengan China namun jumlah pelaburan itu, tidak dapat diumumkan kerana masih pada peringkat awal, dengan kemungkinan boleh jadi atau tidak jadi. “Saya tidak mahu menjadi seperti sesetengah pihak, (pelaburan) yang berpotensi pun disebut dalam angka…

Read More

SG4 kongsi kekayaan 4 negeri

BANGI 2 Sept. – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menubuhkan sebuah syarikat dinamakan SG4 Sdn Bhd bagi berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil kepada empat-empat negeri itu secara saksama. Menerusi syarikat tersebut, setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama. Menurut Penasihat SG4, Dr Mahathir Mohamad,, setiap negeri memiliki 25 peratus saham syarikat tersebut dan ia bagi memastikan negeri yang ketinggalan jauh seperti Perlis, juga mendapat hasil yang sama seperti negeri lain. Mengenai aspek ekonomi yang akan menjadi tumpuan syarikat tersebut, Dr Mahathir…

Read More

500,000 tunjuk perasaan di Israel

BAITULMAQDIS – Dianggarkan 500,000 penunjuk perasaan mengadakan bantahan besar-besaran, semalam, susulan penemuan enam mayat tebusan di Gaza. Protes itu menzahirkan kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap kepemimpinan Israel kerana gagal mencapai perjanjian gencatan senjata untuk memastikan pembebasan tebusan warga mereka. Media Israel menganggarkan hingga setengah juta penunjuk perasaan mengadakan bantahan di Baitulmaqdis, Tel Aviv dan bandar lain dan menuntut Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, meningkatkan usaha membawa pulang baki 101 tebusan. Malah, pemimpin-pemimpin buruh turut menggesa golongan pekerja untuk mengadakan mogok umum sehari, hari ini. Terdahulu, tentera Israel mengumumkan penemuan enam mayat…

Read More