14,403 kes baharu Thailand

BANGKOK 10 Sept. – Thailand merekodkan 14,403 kes baharu Covid-19 dan 189 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,352,953 orang dan 13,920 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 14,062 kes dilaporkan dalam kalangan masyarakat dan 341 dalam kalangan banduan.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 melaporkan kes kematian melibatkan individu berumur antara 21 hingga 103 tahun yang turut melibatkan tiga warga Myanmar dan British.

Bangkok terus merekodkan kematian tertinggi iaitu 25 orang serta mendahului jumlah kes jangkitan berbanding wilayah lain.

Mengikut perangkaan, Bangkok merekodkan 3,495 kes diikuti Samut Prakan 1,037,

Chonburi 802, Samut Sakhon 678, dan Ratchaburi 615.

Kes import pula melibatkan Belgium (1), Amerika Syarikat (1), Malaysia (2) dan Kemboja (13).

Sehingga semalam, sebanyak 15,610 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,197,391.

Sebanyak 141,642 sedang menerima rawatan termasuk 4,330 yang kritikal dan 915 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment