KAHERAH: Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel, semalam, menjelang kempen vaksinasi polio oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada kira-kira 640,000 kanak-kanak di wilayah itu.
Pemberian vaksin bergantung pada jeda selama lapan jam setiap hari dalam pertempuran antara tentera Israel dan Hamas di kawasan tertentu.
Timbalan Menteri Kesihatan Gaza, Yousef Abu Al-Reesh berkata, pasukan vaksinasi akan memastikan liputan meluas.
Bagaimanapun, katanya, hanya gencatan senjata menyeluruh dapat menjamin bilangan kanak-kanak yang mencukupi dapat dicapai.
“Jika masyarakat antarabangsa benar-benar mahu kempen ini berjaya, mereka harus menyeru kepada gencatan senjata, kerana virus ini tidak berhenti dan boleh merebak ke mana-mana,” katanya.
Dalam pada itu petugas perubatan memberikan vaksin kepada beberapa kanak-kanak di wad Hospital Nasser sebagai satu langkah simbolik sebelum kempen rasmi bermula.
Kempen ini diadakan susulan pengesahan minggu lalu bahawa seorang bayi lumpuh akibat virus polio, kes pertama seumpamanya di wilayah itu dalam tempoh 25 tahun.
Pegawai WHO berkata sekurang-kurangnya 90 peratus kanak-kanak perlu divaksin sebanyak dua kali.
Nnnn
