66,000 tentera Russia terkorban.

WARSAW : Dianggarkan lebih 66,000 anggota tentera Russia terkorban dalam peperangan di Ukraine, lapor saluran media bebas Russia, Mediazona dan BBC.

Menurut, dua agensi itu secara sukarela mengira kematian sejak Februari 2022, menggunakan maklumat sumber terbuka daripada laporan rasmi dan media, serta imej satelit tanah perkuburan Russia untuk menganggarkan jumlah kubur bahar

April lalu, mereka mengumumkan sudah menemui lebih 50,000 nama rakyat Russia yang terbunuh.

Mediazona berkata, pihaknya mengetahui nama 66,471 askar Russia yang terkorban dalam peperangan sehingga 30 Ogos lalu.

Senarai itu dikatakan meningkat lebih daripada 4,600 dalam tempoh empat minggu lalu, katanya, sambil menegaskan ia bukan angka yang sahih kerana banyak kematian askar tidak didedahkan kepada umum.

Nnn

Related posts

Leave a Comment